Selasa, 30 November 2021

GURU MURSYID

 

Jangan Sekali-kali kamu menilik pakaian seseorang itu menandakan ianya terdiri daripada golongan orang-orang bijak pandai Alim lebai atau berketurunan baik-baik kerana walaupun memakai pakaian kain Sutera dan Intan berlian sekalipun yang kera itu kera juga

Oleh itu bagi mereka yang hendak Mencari Ilmu Hakiki dan Makrifat hendaklah mencari dan menuntutnya dengan Guru-Guru yang Mursyid walaupun mereka terdiri daripada seorang yang miskin hina dina seorang yang perawakan Gila seorang yang perawakan jahil sama ada daripada golongan Rakyat atau Raja sama ada tempatnya di Masjid atau di tepi jalan atau di bandar atau di hutan Pendek kata belajarlah Ilmu ini di mana-mana saja Asalkan ia daripada Guru yang Mursyid. Pendek kata kelakuan dan feel perangai Zahir seseorang itu tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur untuk dijadikan Formula terhadap Sifat Mutlak kemursyidan seseorang itu tidak Semestinya seseorang jahil itu tidak Alim, tidak Semestinya seseorang jahat itu jahat tidak Semesti. Semesti Semesti
kerana Ilmu Ghaib dan Syahadah ini adalah suatu Ilmu yang pelik lagi payah untuk diterima oleh daya fikiran seseorang Manusia dan banyak kelakuan yang ditunjuk olah mereka yang menguasai Ilmu Ghaib dan Syahadah adalah terkeluar jauh dari tahap daya Otak Manusia dan Normal-Normal masyarakat sekeliling. Sebagai iktibar yang paling dekat, bagaimana Nabi Musa mencari dan menuntut ilmu Ghaib dengan Nabi Khaidir a.s. di mana Allah menceritakan kepada kita beberapa peristiwa Anih yang berlaku. Untuk mencari di mana Nabi Khaidir a.s. tinggal itupun sudah menjadi suatu kepelikan kepada kita, Nabi Musa diperintah berjalan di sepanjang pantai Laut Merah dan ianya harus berjalan dan terus berjalan sehinggalah Ikan kering yang menjadi lauk pauk bekalan makanannya itu hidup kembali dan terjun berenang ke dalam laut. Jika difikir dengan Otak bagaimana boleh Ikan yang telah Mati boleh hidup kembali. Ini menunjukkan bahawa di dalam hal mencari Guru pun sudahpun menimbulkan sesuatu di luar Daya fikiran Manusia dan ini membuktikan tingginya teknologi ilmu Ghaib dan Syahadah, di mana untuk mencari Guru pun sudah sampai ke tahap yang begitu menyulitkan daya fikiran Manusia, apa halnya pula dengan ilmunya. Ingatlah jarang sekali kita menjumpai seorang Guru yang Alim Syariat dan Mursyid pula dalam Ilmu Hakikat dan Mursyid. Kalau terjumpa. itulah seorang Guru yang paling baik, tetapi jika tidak bertemu dengan Guru bersifat di atas, maka sudah cukup bagimu menjumpai seorang Guru Hakiki lagi Makrifat yang Mursyid.

Adapun di antara Sifat-Sifat dan Syarat-Syarat pada Guru yang Mursyid itu

Seseorang Guru itu sering menggunakan Al-Quran sebagai buktinya.
Menggunakan hadis Qudsi dan Hadis Nabi sebagai Sandaran.
Menggunakan perkataan petua Guru-Guru Mursyid.
Menggunakan Qias dan Ijtihad Laduni dari hasil pengalamannya.
Adapun Syarat-Syarat Sifat dan perangai yang sering ditunjuk oleh Guru Mursyid terhadap Muridnya di antaranya adalah seperti berikut :

Hendaklah seseorang Guru itu mengajar Murid-Muridnya dengan jujur dan ikhlas.
Seseorang Guru itu pandai memilih dan menilik Murid-Muridnya yang hendak diberi ilmu yang penting.
Seseorang Guru itu tidak menaruh perasaan dengki terhadap Muridnya.
Seseorang Guru itu tidak akan menyembunyikan Ilmunya yang layak diterima oleh Muridnya jika diminta.
Seseorang Guru itu hendaklah berpesan kepada Muridnya suatu pesanan yang benar dan Hak.
Seseorang Guru itu tidak memperalatkan Anak Muridnya untuk kepentingan Dirinya.
Seseorang Guru itu hendaklah sentiasa berdoa kepada Anak Muridnya supaya dikurniakan Allah Darjat, berkat dan mendapat keredaan Allah di Dunia dan Akhirat.
Biasanya juga Guru-Guru yang Mursyid tidak pernah meninggalkan Syariat di dalam hidupnya, ianya akan hidup seperti orang ramai. Tetapi dalam hal ini
janganlah dipandang dan sudut ini saja tetapi hendaklah juga dipandang di dalam sudut yang lain. sebab taraf Martabat di antara satu Manusia dengan Manusia yang lain adalah berbeza dan payah sekali untuk diterangkan di dalam Catatan ini.

Dirimu itu Sirullah
Tanggung jawab dipikul
Mengenal Diri kewajiban
Makrifat itu jalan Sebenar

Tiada hidup tiada Mati
Mati itu satu Khayalan
Cuma kita bertukar Alam
Tanggung jawab tak dilupakan

Tiada nyata hanya Allah
Sifat nyata sudah terserlah
Tiada Mati tiada terhenti
Cuma kita harus Kembali

Amalan Guru yang Sejati
Hanya yang Sempurna
Memiliki didalam Diri
Bersemayam di dalam Qalbu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar