Selasa, 30 November 2021

CARA HAKIKAT

 

Adapun cara Ilmu Hakikat ini adalah suatu cara menyelami dan Mengenali Diri Sendiri yang merupakan satu-satu jalan ke arah Makrifat Diri dengan Allah Swt dan ianya adalah juga merupakan jalan yang dilalui oleh Wali-Wali Allah Ariffinbillah dan para-para Aulia
Mereka yang menjalani pengajian Ilmu Hakikat ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan Dirinya dengan Allah dengan cara membongkar menyelidik dan menyaksikan Rahsia Diri Sendiri iaitu Rahsia Allah yang ditanggung oleh Dirinya dan berusaha membentuk Dirinya Manusia Kamil-Mukamil. Bagi mereka yang hendak menuju kehadirat Allah dengan jalan Hakiki ini maka
hendaklah mereka terlebih dahulu menjalani Cara Tarikat dan berjaya pula membersihkan Dirinya dari segala bentuk Syirik kepada Allah Taala sama ada Syirik Hafi dan Syirik Jali Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan Guru-Guru Hakiki dan Makrifat serta Mursyid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ketahap Martabatnya Di samping itu orang-orang Hakiki haruslah pula mendapat didikan secara terperinci dari Guru-Guru Ghaib, yang terdiri daripada Wali-Wali Allah yang teragung Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Guru-Guru Ghaib Ini akan mengajar seseorang Itu di samping Guru Zahir yang Mursyid yang melatih mereka menjalani Alam Ilmu Hakiki. Guru-Guru Ghaib akan mengajar mereka Ilmu Hakiki melalul LADUNI Seperti yang diterangkan di dalam bab yang berikutnya. Untuk pengetahuan lebih jelas silalah bertanya dengan Guru-Guru Hakiki, Makrifat. Dengan menjalani Jalan Hakiki maka Manusia tersebut akan mencapai ke suatu tahap tinggi disisi Allah Swt dan sesungguhnya bebahagialah orang-orang Hakiki yang mencapai Mertabatnya dan dapatlah mereka duduk disisi Allah di Dunia dan Akhirat. Orang-orang Hakiki yang sampai Mertabatnya bukan saja mulia disisi Allah tetapi lanya Juga akan mendapat kemuliaan di kalangan masyarakat dan dipuja oleh masyarakat disepanjang hayatnya Adalah perlu ditegaskan disini bahawa Matlamat Akhir pengajian Hakikat adalah untuk menjadi Allah pada Zahir dan Batin yakni pada Diri Zahir dan Diri Batin pada Murtabat kemuliaan Insan Kamil-Mukamil. Tiada sesuatu pun pada Dirinya kecuali Allah Semata-mata.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar