Selasa, 30 November 2021

ALLAH DATANG KEPADA ALLAH KEMBALI

 

Dan sesungguhnya akan memberikan dugaan kepada Diri Sejati dengan sedikit ketakutan kelaparan kekurangan harta jiwa nyawa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada yang Sabar Iaitu yang apabila ditimpakan dengan Musibah mengucapkan
Sesungguhnya dari Allah datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kembali.
Setiap Insan pasti akan merasai Mati
Cuma masanya tak siapa pun pasti
Kegerunan Izrail mesti dihadapi
Walaupun Diri mendesak ingin melarikan Diri
Tapi kenapa perlu menghadapi Mati
Dengar sini
Mati adalah salah Satu tanda kekuasaan Illahi
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban Diri
Ruang rehat bagi yang iman dan taqwa dijadikan pakaian Diri
Tetapi sebaliknya nasib yang sering memungkiri
Perintah Illahi
Jadi
Buatlah pilihan yang terbaik duhai Akhi dan Ukhti
Mana yang lebih senangi
Jika inginkan kebaikan Diri
Bersiap Siagalah menghadapi janji Allah yang pasti mengunjungi
Kerana saat tiba kehadirannya akan menghadap Illahi
Akan tetapi
Jika tetap memilih untuk berfoya-foya lagi
Maka ingatlah
Tika sampai Waktunya janji kan ditepati
Mustahil sekali untuk Kembali ke Dunia buat kesekian kali
Oleh itu
Bertaubatlah Wahai Diri-Diri
Yang masih diberi peluang untuk Kembali kepada fitrah yang Suci
Dan bagi tiap-tiap Umat ada tempoh yang telah ditetapkan maka apabila datang tempohnya, tidak dapat tundakan walau sesaatpun dan tidak dapat pula dahulukan
Kematian memang tidak Mengenal Usia
Ya Allah sungguh terkejut hambaMu ini ya Rabbi Mesej yang Aku terima itu sungguh mengejutkan Aku tergamam seketika. Mahu percaya atau tidak Aku Sendiri tak pasti Sedih dan pilu mula menyelubungi Diri. Kawan yang Aku kenal berada di kelas yang sama telah pun pergi meninggalkan Bumi ini
Ini merupakan pengalaman pertama Aku dan sunnguh susah untuk percaya Tapi inilah janji Allah Aku tidak boleh melawan Takdir Sesungguhnya kematian itu pasti
Semoga Allah mencucuri Rahmat dan tempatkan Jiwa di kalangan Jiwa yang beriman Amin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar