Selasa, 30 November 2021

ALLAH WUJUD TIADA BERTEMPAT

 


Hikmah kepada perbahasan ini menunjukkan bahawa Allah Wujud tidak bertempat dan ia selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperakui oleh Imam-Imam serta Ulama-Ulama Muktabar sepanjang Zaman.


Untuk memahami Allah Swt tidak terikat kepada masa dan perubahan, pembaca harus melihat kepada ringkasan penulis berikut untuk memberi gambaran yang lebih jelas.


Kita sudah memahami Allah tidak bertempat. Hanya Makhluk dan Segala Jisim sahaja bertempat.


Seterusnya kita akan bincangkan Mengenai penafian keterikatan masa dan perubahan ke atas Allah. Untuk mudah faham maka kita baca dalam bentuk soal jawab.


Adakah setiap yang bertempat pasti dilalui masa?


Ya benar.


Apakah bukti Jisim Al-Kasif Manusia terikat dengan masa?


Bukti Manusia senantiasa berpindah tempat daripada Alam Rahim ke Alam Dunia.


Setiap tempat ada masanya tersendiri:


Alam Rahim: 9 Bulan 10 Hari


Alam Dunia: 1 hari bersamaan 365 hari


Kesimpulannya, walau di mana pun Manusia atau Jisim Al-Kasif itu pasti terikat dengan masa.


Apakah bukti Jisim Al-Lathif Udara terikat dengan masa?


Bukti Udara mengambil masa tertentu untuk mengisi sesuatu belon. Juga memerlukan masa tertentu untuk keluar daripada belon.


Masa yang diambil oleh Udara tersebut membuktikan Udara terikat dengan masa.


Apakah persamaan keduanya?


Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif bertempat, terikat dengan masa dan mengalami perubahan.


Apakah bukti Jisim Al-Kasif Manusia mengalami perubahan?


Manusia terjadi daripada persenyawaan, berubah kepada Zigot, Embrio, Fetus dan seterusnya sehingga cukup 9 Bulan 10 Hari.


Setelah dilahirkan Manusia mengalami perubahan Bayi, Kanak-Kanak, Remaja, Dewasa dan Tua.


Natijah perubahan ini adalah Manusia akan Mati. Dan membuktikan Allah menjadikan dan mematikan Manusia. Manusia tidak layak mengaku sebagai Tuhan.


Apakah Bukti Jisim Al-Lathif Udara mengalami perubahan?


Udara juga mengalami perubahan Samada Sejuk atau Panas, Kuat atau Perlahan.


Perubahan tekanan Udara akan menghasilkan Puting Beliung, Ribut dan Hujan Lebat.


Ini Bukti Jisim Al-Lathif seperti Udara juga berubah-ubah.


Apakah berubah-ubah itu?


Guru Mursyid menyebut Alam Makhluk itu berubah-ubah, dan setiap yang berubah-ubah adalah baharu dijadikan


Setiap Makhluk berubah-ubah kerana ada yang mengubahnya iaitu Allah. Makhluk itu baharu dijadikan kerana Allah Al-Qadim yang menjadikan Makhluk.


Apakah dalil Aqli Allah tidak berubah-ubah?


Setiap yang berubah-ubah itu baharu dijadikan Sedangkan, Allah bersifat Al-Qadim yakni tiada permulaan tiada yang menjadikan Allah. Maka Allah tidak berubah-ubah.


Apakah dalil lagi?


Perubahan menatijahkan kematian seperti Manusia, Jin dan Malaikat akan Mati. Sedangkan Allah bersifat Al-Baqa' Kekal dan tidak akan binasa Maka Allah tidak boleh disifatkan dengan berubah-ubah.


Apa pula dalil Naqli Allah tidak bertempat, tidak bermasa dan tidak berubah-ubah?


Hadis Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam Allah ada Azali sedangkan tiada sesuatu Selain Allah


Apakah kefahaman daripada hadis di atas?


Guru Mursyid ketika mensyarahkan Hadis di atas menyatakan Maksud dengan yang pertama ialah Azali.


Allah Azali, tiada yang menjadikan Allah bermaksud Allah tidak berubah daripada tiada kepada ada. Sedangkan Makhluk berubah-ubah daripada tiada kepada ada.


Nash menyatakan tiada sesuatu Wujud selain Allah. Maka pada ketika itu, tiada masa, tiada tempat, tiada Arasy, tiada Kursi dan tiada Segala Makhluk. Maka jelaslah Allah tidak bertempat dan tidak bermasa. Setelah Allah ciptakan tempat, Allah tetap tidak bertempat dan tidak bermasa kerana Allah tidak berubah-ubah.


Berdasarkan kefahaman yang lepas maka jelaslah Allah tidak berubah-ubah.


Secara lansung, ternafi juga ke atas Allah kaifiyyat. Kerana kaifiyyat bermaksud perubahan daripada sesuatu kepada sesuatu.


Maka benarlah kata Guru Mursyid Kaifiyyat ke atas Allah dan Sifat-Nya ternafi Tiada


Samalah juga dengan kata Diri Bathinku Dan Kaifiyyat ke atas-Nya Marfu' Tiada Al-Asma' Wal Sifat, hal KeBathinan


Oleh itu, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Allah Wujud tidak bertempat, tidak dilalui masa, tidak berarah, tidak berjisim dan Allah Maha Suci daripada Segala Sifat Makhluk.


Penulis adalah Setiausaha Muzakarah Hadis dan Syariat Muhadis

Tidak ada komentar:

Posting Komentar