Orang yang Sombong dan takbur, Mata Hatinya tertutup untuk mengingati Akhirat. Orang yang Mata Hatinya Sentiasa berzikir bagaikan pernafasan yang tidak terhenti kecuali Mati, adalah orang yang Mencari Hidayah Allah Swt.
Didik Hati supaya merasakan Allah Swt Segala-galanya dan semua Makhluk nampak tidak ada apa-apa kelebihannya serta hentikan Memuja Makhluk. Baik atau buruk perangai Manusia itu bergantung kepada Hatinya.
Nabi Muhammad Saw berSabda: Sesungguhnya dalam Diri Manusia itu ada Seketul daging Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan itu ialah Hati
Jika buta Mata Hati, kita tidak akan nampak kesalahan dan kelemahan Diri Sendiri. Perubahan Diri ke arah kebaikan, daripada Amalan hidup Negatif kepada Positif bergantung kepada Hati. Kesedaran membuat perubahan Diri akan timbul apabila Hati kita bersih.
Oleh itu, kita perlu bersihkan Hati daripada penyakit Hati dan jiwa yang menyerlahkan perasaan Negatif dalam Diri. Pertama, perasaan iri Hati dan Dengki. Selalunya orang akan mengata atau mengumpat Orang yang mereka Dengki.
Ujub iaitu perasaan kagum terhadap Diri Sendiri, berasa Diri kita terlalu baik dan hebat berbanding orang lain. Ubatlah penyakit Hati ini dengan bermuhasabah mencari kekurangan serta berusaha menambah ketakwaan.
Elakkan daripada menjadi pemerhati orang lain dengan tujuan menilai, menghukum dan membuat perbandingan dengan Diri Sendiri. Ikhlaskan Diri dalam Segala Amalan kerana Allah Swt dan jangan mengharapkan penghargaan Manusia .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar