Selasa, 30 November 2021

JIWA KEKOSONGAN DIRI



Andai Jiwa kita Kosong maka Hidup kita terasa tidak bermakna Walaupun Diri dikelilingi dengan kesenangan dan kemewahan ia seperti tidak Mengisi Jiwa yang sedang berkecamuk dan gersang.

Bagaimana cara untuk mengisi Jiwa yang Kosong Ketahuilah setiap penyakit ada penawarnya Jiwa yang Kosong boleh diubati apabila kita melakukan perkara yang sudah diajar di dalam Islam seperti

Niat Kerana Allah
Wahai Hamba-HambaKu yang beriman Sesungguhnya Bumi Allah adalah luas untuk kamu bebas beribadat oleh itu di mana Sahaja kamu dapat berbuat demikian maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepada Allah

Ikhlaskan Hati kerana Allah Dilakukan segala perkerjaan adalah kerana Allah bukan kerana Manusia. Dihina dikutuk dan diuji tidak merasa kecewa Jiwa kosong menjelma kerana niat bukan kerana Allah. Di kala Niat ingin dipuji namun ditunggu tidak datang.

Hasilnya Diri terasa keseorangan Sebenarnya kita diperhati Allah Walau tidak dipandang Manusia Allah tetap bersama kita.

Perasaan kita akan terasa tenteram dan tidak lemah dengan ujian kerana Hati sudah tersemat dengan keikhlasan kerana Allah. Jadi betulkan Niat jangan dikotori. Hapuskan Segala Niat yang salah. Buat Semata-mata kerana Allah



Tidak ada komentar:

Posting Komentar