Wujud itu Sifat Nafsiah-Artinya Wajib bagi Allah Taala itu bersifat Wujudnya dengan Zatnya yang menafikan ‘Adam Sabiq didahului oleh tiada dan ‘Adam lahiq diikuti oleh tiada dam ‘Adam Mustamir tiada yang berterusan
Jikalau ditanyai orang akan dikau apa Erti Wujud Jawab olehmu iaitu Barang yang tiada dikenal Zat melainkan dengan Wujud.
Dalil Aqli ada Allah Taala ialah ada Alam Makhluk ini Adanya Makhluk ini tanda baharunya dan baharu Makhluk ini menjadikan dalil atas adanya Allah kerana Tiap-tiap yang kena jadi tak dapat tidak mesti ada yang menjadikannya
Firman Allah Bermula Allah yang menjadikan Petala langit dan Bumi dan Barang yang di antara keduanya
Wujud terbahagi kepada Dua
1 Wujud zati-iaitu Wujud Allah Taala yang Maha Esa-bererti adanya Allah bagi Zatnya tidak dikeranakan dengan suatu kerana.Dan adanya Wajib bagi Zatnya pada Azali lagi tidak didahului oleh tiada dan tidak diikuti oleh tiada.
2 Wujud bukan zati-iaitu Wujud Makhluk ini diperbuat oleh Allah.Wujud ini dikeranakan dengan suatu kerana dan diqaidkan dengan masa dan tempat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar