Selasa, 30 November 2021

MARTABAT NAFSU

 

Bila bercakap tentang Nafsu ramai di antara kita mengatakan atau menganggap ia sebagai suatu kelakuan jahat yang terbit dari perlakuan seseorang. Ada sesetengah orang berkata jangan mengikut Nafsu nanti menjadi lesu hidup ini jangan Sekali-kali mengikut Nafsu kerana ia adalah pekerjaan Syaian.

Pendek kata ramai diantara kita belum lagi Mengetahui takrif Nafsu dan juga Martabat Nafsu Adapun takrif Nafsu boleh dibahagikan kepada dua iaitu

Nafsu adalah satu perlakuan Naluri Manusia yang mendorongkan perlakuan yang dikuasai oleh Iblis laknatullah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Syariat dan Hakikat Allah swt. Ianya terbit daripada kekotoran Hati Manusia dengan Allah swt.

Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu Martabat kelakuan Hati dan kalbun Manusia di dalam Arah tuju ke Martabat kesucian seseorang itu pada Hakikat dan Makrifat dengan Allah swt Ianya boleh ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh Manusia untuk Mengenal Dirinya dan Mengenal ia akan Allah Swt.

Adapun Nafsu itu letaknya di cabang hai Manusia Ianya bertindak sebagai dinding Hijab perhubungan diantara Diri Rahsia Manusia dengan Tuan Ampunya Diri Allah Swt

Oleh itu tugas Manusia yang hendak menuju kepada Makrifat hendaklah pula memecahkan ruyung-ruyung Hijab ini sehingga ianya sampai ke Martabat yang paling tinggi kemuliaannya di sisi Alah swt. dan bebaslah Diri Batin Manusia itu untuk bertemu dengan diri empunya Diri pada setiap saat dan ketika Tanpa memecahkan ruyug-ruyung Nafsu tadi Manusia tidak mungkin dapat Kembali kepada Allah Semasa hidup masih bernafas atau mematikan Dirinya Sebelum Mati

Disamping itu Manusia yang hendak menuju ke jalan Makrifat Allah haruslah pula berusaha supaya sampai ke Martabat mematikan Diri Sebelum Mati

Tidak ada komentar:

Posting Komentar