Masuklah ke dalam Hatimu melalui lorong Zikir yang penuh penghayatan dan kepasrahan kepada Allah.
Di dalam Hatimu itu ada Tasik Ilmu dan Hikmat yang mengalir dari lautan Bahr Al-'ilmullah iaitu Lautan Ilmu Allah.
Ilmu yang kau terima dari keheningan Tasik Qalbumu tidak akan ada samanya dengan ilmu-ilmu yang kau terima dari Pancaindera Jasadmu
Ilmu-ilmu dari Pancainderamu kebanyakkannya menyuburkan Egomu, sedangkan ilmu-ilmu yang kau terima dari tasik Hatimu akan menundukkan jiwamu di hadapanNya.
Semakin tunduk Dirimu di hadapan hadratNya maka Semakin bebas ke Alam Uluhiah yang penuh dengan Rahmat dan kurnia.
Jalan sudah Sempurna Terang lagi bersuluh. Kau hanya perlu berjalan dengan Iman dan Ihsan meredah laluan Sunyi menuju dasar Hatimu.
Berjalan di laluan Rohani adalah dari jiwa menuju ke Ruh. Dari Ego menuju cinta. Kasih sayang dan cintamu kepada sesama Makhluk menajdi ukuran sudah sedalam mana perjalanan rohanimu. Jika Dirimu masih penuh Ego, jika kau masih belum menyayangi saudaramu seperti Dirimu Sendiri, itu menjadi tanda kau masih berlum memasuki yang sebenar.
Jika kau memandang dengan Mata jiwamu maka kau melihat Dirimu, Diriku dan mereka berbeza dan perbezaan itu sering menjadi pertelagahan. Tetapi jika kau mula melihat dengan Mata Ruh mu maka kau melihat Dirimu dan semuanya sama dengan penuh kasih sayang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar