Senin, 13 Desember 2021

ALAM AHDAH

 

Dalam memperkatakan Alam Qaibull-Quyyub iaitu pada Martabat Ahdah di mana belum ada Sifat, belum ada ada Asma', belum ada Afaal dan belum ada apa-apa lagi iaitu pada Martabat LA TAKYIN, Zat UlHak telah menegaskan untuk memperkenalkan DiriNya dan untuk diberi tanggungjawab ini kepada Manusia dan di tajallikanNya akan DiriNya dari satu peringkat ke peringkat sampai zahirnya Manusia berbadan Rohani dan Jasmani.


Adapun Martabat Ahdah ini terkandung ia di dalam Al-Ikhlas pada ayat pertama iaitu QulhuwallahuAhad, iaitu Sa pada Zat Semata-mata dan inilah dinamakan Martabat Zat. Pada Martabat ini Diri Ampunya Diri Zat Ulhaki Tuhan RabbulJalal adalah dengan dia Semata-mata iaitu dinamakan juga Diri Sendiri. Tidak ada permulaan dan tiada Akhirnya iaitu Wujud Hakiki Lagi Khodim.


Pada masa ini tiada Sifat, tiada Asma dan tiada Afa'al dan tiada apa-apa pun kecuali Zat Mutlak Semata-mata maka berdirilah Zat itu dengan Dia Semata-mata di dalam keadaan ini dinamakan AINUL KAFFUR dan Diri Zat dinamakan Ahdah jua atau di namakan KUNNAH ZAT.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar