Satu lagi cara mendapatkan rahmat Allah adalah dengan Amal Soleh Menyerah kepada Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal Soleh yang bermaksud, rahmat Allah akan diberi kepada hambaNya yang telah berbakti dan beramal Soleh.
Sesungguhnya mencita-citakan pengampunan itu telah memperdayakan banyak orang, sehingga mereka meninggalkan Dunia ini dalam Muflis, tiada mempunyai bekalan Amal Soleh sekali Beliau menambah lagi, ‘Sesungguhnya orang Mukmin itu berbakti seraya gementar terhadap Allah Taala. Manakala orang Munafik pula membuat kejahatan seraya merasa Aman dan Sentosa sepanjang masa.
Kedua-dua petikan ini dengan jelas menyebut tentang Amal Soleh. Tanpa Amal Soleh janganlah mengharap akan mendapat rahmat Allah. Dan, tanpa Amal Soleh juga kita akan dianggap sebagai orang yang menuju Akhirat dalam keadaan Muflis. Ini membuktikan untuk mendapat rahmat Allah, antaranya ialah dengan melakukan Amal Soleh.
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya,
‘Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
Ayat ini pula memberitahu, rahmat Allah akan diberikan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Orang-orang yang penyayang, maka Allah Taala akan menyayangi mereka memberikan rahmat kepada mereka) sayangilah kasihilah penduduk bumi, Nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian
Maksudnya, rahmat Allah akan diberi kepada orang-orang yang menyayangi penduduk bumi.
Petikan-petikan di atas menyebutkan berbakti, berbuat baik dan menyayangi penduduk bumi, adalah antara kaedah untuk mendapat rahmat Allah. Apa yang dapat kita lihat di sini ialah kesemuanya itu adalah bentuk perlakuan seseorang kepada yang lain. Berbakti, umpamanya, menunjukkan perlakuan seseorang kepada orang lain. Berbuat baik juga menggambarkan perlakuan seseorang kepada orang lain, atau mungkin Haiwan. Menyayangi penduduk bumi juga perlakuan seseorang kepada pihak lain. Jadi sama ada berbakti, berbuat baik atau menyayangi adalah perlakuan yang berkaitan dengan Manusia lain atau Haiwan. Kesemuanya ini mendapat rahmat Allah.
Apakah hubungannya berbakti, berbuat baik dan menyayangi yang disebutkan di sini dengan Amal Soleh? Adakah berbakti, berbuat baik dan menyayangi penduduk bumi itu adalah Amal Soleh? Pada masa yang sama juga kita boleh bertanya Sendiri, apakah bezanya antara Amal Soleh dengan berbuat baik dan sebagainya itu?
Apa yang penting di sini ialah kedua-duanya akan mendapat rahmat Allah. Sama ada Amal Soleh atau berbakti, berbuat baik dan menyayangi penduduk bumi, akan diberi rahmatNya. Maka bolehlah kita anggap antara perlakuan-perlakuan untuk Amal Soleh ialah berbakti, berbuat baik, dan apa sahaja perlakuan yang berbentuk Kebaikan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar