Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat
Engkaukah Yang lebih baik atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan Sujud dan berdiri sambil takutkan Azab hari Akhirat serta mengharapkan Rahmat Allah Katakanlah lagi kepadanya Adakah sama orang-orang Yang Mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak Mengetahui Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal Sempurna.
Menurut Ahli Tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi Manusia. Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan Awal kepada Dirinya sedangkan pengenalan melalui Cahaya Hati adalah pengenalan yang Hakiki.
Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai Rahsia ketuhanan. Semakin ia bersih, semakin memancarlah Makrifat pada Hatinya. Hati yang memancar ini adalah Hati yang melalui proses Ilmu, ibadah dan Mujahadah yang istiqamah. Mereka yang tersingkap kepadanya Rahsia Ihsan sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya Imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan Wujud Allah. Ini kerana Hatinya Sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.
Dan Allah jualah Yang memiliki Timur dan Barat maka ke mana sahaja kamu Arahkan Diri ke Kiblat untuk mengadap Allah maka di situlah Arah Yang diredhai Allah Sesungguhnya Allah Maha Luas RahmatNya dan limpah kurniaNya lagi Sentiasa Mengetahui.
Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan Nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan Hakikat. Inilah kasyaf yang Hakiki di mana Hatinya dapat menangkap Rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang Haq.
Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang Suci
Ayat ini ditafsir oleh Guru Mursyid dengan maksud bahawa Ayat-Ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor. Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di Hati Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di Hati.
Allah lah Yang telah menciptakan langit dan Bumi Dalam enam masa, kemudian Allah bersemayam di atas Arasy; ia Mengetahui apa Yang masuk ke Bumi serta apa Yang keluar daripadanya dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan Allah tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan
Kalau Hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa, Ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada Akalmu sahaja. Dan apabila hal keTuhanan berada pada Akal, Allah akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula. Tetapi jika Hatimu bersih, Ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan Cahaya Hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada.
Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan Makrifat yang tidak terhingga. Allah adalah kekasihnya dan Allah meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan Allah dengan Allah. Allah adalah yang dirindui dan Allah menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan Allah sebagai pemuja.
Sesiapa yang mengenal Allah
Allah akan mencintai Allah dan leburlah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang Mengenal Allah, tiadalah Allah resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya. Memancar pada Hatinya Sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan Allah mendapat perlindungan dari Allah Swt. Ini disebabkan Hatinya Sentiasa bercahaya dengan Zikrullah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar