Minggu, 05 Desember 2021

AMALAN DIRI SENDIRI

 

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud Dan ingatlah wahai Muhammad ketika Allah mengeluarkan Zuriat anak-anak Adam turun-temurun daripada tulang belakang Mereka dan ia jadikan Mereka saksi terhadap Diri Mereka Sendiri sambil ia bertanya Dengan Firman Allah Bukankah Aku Allah kamu Mereka Semua menjawab Benar Engkaulah Allah kami Kami menjadi saksi Yang Demikian supaya kamu tidak berkata pada Hari Kiamat kelak Sesungguhnya kami adalah lalai Tidak diberi peringatan tentang Hakikat Tauhid ini


Apabila membaca firman itu barang kali ada yang bertanya Betulkah kita pernah berdialog dengan Allah Swt di Alam Roh Namun kenapa kita tidak ingat langsung


Adakah Otak mampu mengingati semula detik itu Tidak bukan


Namun kenapa kita masih percaya Itu disebabkan terdapat bukti Saintifik yang sangat jelas


Begitu juga Bukti kesahihan Wahyu Ia sangat jelas untuk kita percaya Daripada persoalan asas yang diutarakan itu terbukti Otak kita hebat tetapi terbatas


Otak kita memerlukan suluhan Akidah daripada Sumber Wahyu Kita Sekarang berada di fasa Ujian atau peperiksaan di Alam Dunia


Sebelum masuk ke Alam ini dan diuji Allah Swt membekalkan Jawapan dalam Wahyu-Nya Secara fitrah logik Akal bisikan ilham yang baik dan sebagainya


Jawapan itu akan ditunjukkan semula kepada kita di Akhirat selepas tamat Ujian di Dunia ini


Di Dunia kita diuji bagaimana kita memperdayakan Akidah Supaya ia benar-benar berfungsi untuk memandu kehidupan


Dengan Akidah kita meyakini Allah Wujud Dengan Akidah keperibadian kita mengikut perilaku yang wajar kerana dipandu perintah dan keizinan Allah Swt


Hakikatnya kepercayaan Mengenai kewujudan Allah Swt tertanam dalam Jiwa Seseorang Secara fitrah


Kita dilahirkan dalam fitrah iaitu beragama Islam Bagaimana pula kita mampu menguatkan fitrah agar Akidah mampu berfungsi Sebagai kekuatan berhadapan cabaran Zaman


Bagaimana kita boleh menjadikan Akidah penggerak Motivasi untuk menjadi Hamba dan Khalifah Allah Swt yang lebih baik


Kita perlu Mengetahui pengertian Akidah Secara bahasa Akidah adalah simpulan yang kuat


Simpulan itu adalah keyakinan kukuh Tanpa boleh digugat oleh Syak atau keraguan


Menurut Kitab Syarah Usul 20 Al-Imam Hasan Al-Banna yang berkait Rukun Faham dikarang Ali Abdul Halim Mahmud mengatakan Islam adalah Akidah dan prinsip meliputi unsur-unsur Utama Seluruh Fenomena kehidupan


Seorang Muslim Wajib beriman dengannya dan meyakini kebenaran dan kesahihannya serta sanggup Mati di jalannya


Sayid Sabiq membahagikan pengertian Akidah kepada Enam perkara iaitu


1. Makrifatullah atau Mengenal Allah Swt


Allah Swt mempunyai nama-nama dan Sifat-Sifat yang mengagumkan Allah Swt juga menunjukkan Tanda kewujudan Allah melalui kejadian Alam ini


Kehebatan Alam Semakin terserlah dan membawa kita kepada Hakikat adanya Pencipta apabila kita meneroka Ilmu sains


Saintis Mengakui Ilmu sains boleh menerangkan kehebatan Alam Namun tidak terdaya Menciptakan Segala sistem sehebat sistem Alam


2. Mengenali Alam Ghaib


Alam Ghaib tidak dapat dilihat Ia terdiri daripada paksi kebaikan yang diwakili Malaikat dan paksi kejahatan diwakili Iblis dan tenteranya iaitu Jin dan Syaitan.


3. Mengenali kitab Allah Swt


Kitab diturunkan untuk menjadi kayu ukur kebaikan atau kejahatan halal atau haram dan baik atau buruk


4. Mengenali Rasul-Rasul Allah


Mereka adalah Insan pilihan Allah Swt pembawa risalah kebenaran ke sekalian Alam


5. Mengenali Hari Akhirat dan Segala perkara berkait rapat dengannya Seperti Hari kebangkitan pembalasan balasan baik atau buruk serta Syurga dan Neraka


6. Mengenali Qadar ketentuan Allah yang menentukan sistem perjalanan Alam sama ada dari sudut penciptaan atau pentadbirannya


Dalam kitab Hadis Akidah adalah kepercayaan Hati pengakuan lidah dan Amal Dengan Segala rukun atau perintah


Akidah yang berfungsi akan menerangi Seluruh Jiwa Seseorang Dengan Iman

Iman pula terasa manis sehingga Seseorang begitu mencintai dan mempertahankan imannya


Iman memimpin Seseorang ke arah kemuliaan dan ketinggian Iman mencegah Seseorang daripada terikat Dengan Penjara keduniaan yang merugikan


Iman membentuk Seseorang menjadi Insan berperibadi teguh bermotivasi Tinggi bahagia lagi membahagiakan Orang lain


Saat menghadapi Ujian Iman mendorong Seseorang untuk tabah dan terus kuat


Itulah keperibadian unggul ditunjukkan Nabi dan Rasul sehingga sanggup menerima rintangan Demi memperjuangkan Agama


Mereka Semua adalah tokoh pejuang Akidah Sepanjang Zaman Allah Swr berfirman Patutkah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata Kami beriman sedangkan Mereka Belum diuji Dengan sesuatu cubaan Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji Orang-Orang yang terdahulu Daripada mereka maka Dengan Ujian yang Demikian nyata apa yang diketahui Allah tentang Orang-Orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang Orang-Orang yang berdusta


Kita juga kerap Mendengar seruan bersatu Tidak dinafikan kita menjadi lebih kuat Apabila bersatu dalam sesebuah Negara


Kesatuan Hati Insan Seluruh Dunia lebih teguh di bawah simpulan Akidah yang satu


Simpulan itu membawa kepada persamaan hebat Dengan meyakini Allah Swt satu-satunya Allah yang layak disembah


Itulah kesatuan Umat Islam Sedunia Tanpa mengira bangsa Negara dan warna kulit


Ia akan benar-benar membentuk kekuatan Pada masa sama kita tidak memusuhi bahkan menyantuni kewujudan Agama lain


Syukuri persamaan raikan perbezaan Tiada paksaan dalam Agama yang ada cuma ajakan dan pujukan


Kesimpulannya Akidah adalah Tunjang kesatuan Allah Swt menegaskan tentang kepentingan menjaga Akidah Melalui 

Firman Allah yang bermaksud Orang-Orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan Iman Mereka Dengan kezaliman Syirik Mereka itulah Orang-Orang yang mendapat keamanan dan merekalah Orang-Orang yang mendapat Hidayah dan Petunjuk


Allah Swt juga menyebut fungsi Iman sebagai faktor diterimanya Amalan dalam Firman Allah yang bermaksud Dengan yang Demikian Sesiapa yang mengerjakan sesuatu Amal kebaikan Sedang ia beriman maka tidaklah disia-siakan Amal Usahanya dan sesungguhnya Allah menyatakan Allah Swt


Tidak ada komentar:

Posting Komentar