Minggu, 05 Desember 2021

MUTTAKHALIQ

 


Muttakhaliq Mendengar Melihat dan merenungi kebijaksanaan dan kesempurnaan Allah


Dialah Allah Yang Menciptakan Sekalian Makhluk Yang Mengadakan dari tiada kepada ada Yang Membentuk rupa Makhluk-Makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya bagi-Nya jualah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya bertasbih kepada-Nya Segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tidak ada tuluk banding-Nya lagi Maha Bijaksana


Muttakhaliq menyaksikan Sifat-Sifat Allah yang dikenal dengan nama-nama yang baik Asma Ul-Husna Alam adalah perutusan untuknya Mengetahui nama-nama Allah Swt dan Sifat-Sifat Kesempurnaan-Nya Setiap yang dipandang menceritakan sesuatu tentang Allah Swt


Muwahhid Mendengar Melihat dan merenungi keEsaan Allah


Sesungguhnya Akulah Allah Tiada Tuhan melainkan Aku Oleh itu Sembahlah akan Daku dan dirikan Sembahyang untuk mengingati Daku


Muwahhid Fana dalam Zat Kesedaran Dirinya hilang Melalui lidahnya muncul ucapan-ucapan seperti ayat di atas Dia mengucapkan ayat-ayat Allah Swt bukan dia bertukar menjadi Tuhan

Jadilah dia seperti Al-Hallaj dan Sheikh Siti Jenar bukanya seperti Firaun yang Mengaku dalam keadaan Sedar lagi Ego pada TuhanNya


Mutahaqqiq adalah Insan Sejati Insan Robbani

Mutahaqqiq ialah Orang yang setelah Fana dalam Zat turun Kembali kepada Kesedaran Sifat Seperti yang terjadi kepada Nabi-Nabi dan Wali-Wali demi melaksanakan Amanat Sebagai khalifah Allah di atas muka Bumi dan kehidupan Dunia yang Wajib diuruskan Dalam kesedaran Zat seseorang tidak keluar dari khalwatnya dengan Allah Swt Mutahaqqiq Kembali kepada Kesedaran keinsanan untuk memikul tugas membimbing Umat Manusia kepada jalan Allah Swt Hatinya Sentiasa memandang kepada Allah Swt dan bergantung kepada-Nya Kehidupan ini adalah Medan Dakwah baginya Segala anasir Alam adalah alat untuk dia memakmurkan Bumi


Apabila Nur Ilahi menerangi Hati apa Sahaja yang dipandang akan kelihatanlah Allah Swt di

sampingnya atau sebelumnya atau sesudahnya Orang inilah yang menjadi Ahli Makrifat yang Sejati Ahli Hakikat yang Sejati Ahli Tarikat yang Sejati dan Ahli Syariat yang Sejati berkumpul padanya dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani


Insan Rabbani peringkat tertinggi ialah para Nabi-Nabi dan Allah Swt kurniakan kepada Mereka maksum Sementara yang tidak menjadi Nabi dilantik sebagai Wali-Nya yang diberi Karomah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Segala puji tertentu bagi Allah

Allah yang memelihara dan mentadbirkan Sekalian Alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan Hari Akhirat Engkaulah Sahaja Ya Allah yang kami Sembah dan kepada Engkaulah Sahaja Kami memohon pertolongan Tunjukilah Kami Jalan yang lurus Iaitu Jalan Orang-Orang yang Engkau telah kurniakan Nikmat kepada mereka bukan Jalan Orang-Orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula Jalan Orang-Orang yang Sesat.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar