Dalam Amalan menyucikan Diri dan mengembalikan Rahsia kepada Tuan Ampunya Rahsia maka Manusia itu Semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat Asal kejadian Rahsia Allah Taala
Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada Alam Insan pada Nafsu Amarah ke Martabat Zat iaitu Nafsu Kamaliah iaitu makam Izzatul-Ahdah Lantaran itulah tugas Manusia Semestinya Mengenal Hakikat Diri ini lalu balik untuk mengembalikan Amanah Allah Swt tersebut sebagaimana mula Amalan penerimaan Amanahnya pada peringkat awalnya.
Sesunggunya Allah dalam Mengenalkan DiriNya melalui lidah dan Hati Manusia maka Allah telah Mentajallikan DiriNya menjadi Rahsia kepada Diri Manusia Sebagaimana diperkatakan dalam Hadis Qudsi.
AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU
Maksudnya Manusia itu adalah Rahsia Aku dan Aku adalah Rahsia Manusia itu Sendiri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar