Ahdiyat (KeEsaan)
Hakikat perkataan ialah Alif Hakikat Alif ialah Noktah, Hakikat Noktah ialah dakwat Hakikat dakwat ialah cecair, Hakikat cecair ialah Debu-Debuan (Atom-Atom), Hakikat Debu-Debuan ( Atom-Atom ) ialah unsur dan Hakikat unsur ialah Cahaya Allah Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah Air Kehidupan jika Anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika Anda lihat huruf dakwat hilang Zat ternyata dengan dua kesempurnaannya, ia itu Zat ternampak pada Anda dengan Jamalnya ( keindahannya ) dan Jalalnya ( KeAgunganNya ) Jika ia tidak menampakkan Dirinya pada Anda, di mana lagi ia akan menampakkan Dirinya? Guru Murshid berkata Jika Anda berkehendakkan Bayangannya, lihatlah muka Manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya.
Zat dalam peringkat Ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan? Apa juga yang ternyata adalah daripada Sifat. KeUjudan di ketahui daripada kesan Sifat Hidup Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat tahu dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga baik dan jahat yang adalah kesan Sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah Dunia ini Wujud daripada Sifat? Keupayaan Sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadi Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana sahaja Anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja anda dapati Akal, ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk Akal, Iradat mendapatkan bentuk fikiran, kuasa Otak pendengaran Telinga, penglihatan Mata, perkataan lidah Tiap-tiap benda adalah bentuk satu Sifat Seluruh Alam Dunia ini adalahterdiri daripada bentuk-bentuk Sifat Perbezaan dan perubahan bentuk-bentu kini adalah kerana berbeza dan berubahnya Sifat.
Yang pasti ada dan A'yan tersembunyi dalam Ghaib. Apa yang nampak ialah penunjuk Zat Mutlak dalam bentuk A'yan. Zat Mutlak dan A'yan adalah tersembunyi apa yang nampak ialah pertanyaan dan misal ( mithal ).Salik tidak melihat Wujud atau A'yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja Kita tidak Mengetahui Zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak,tidak terjangkau oleh Dzauk, perasaan fikiran, khayalan dan pengetahuan kita.
Cinta adalah Rahsia Zat Ianya adalah Zat dalam patinya Ianya tidak di nyatakan kepada sesiapa pun walau pun Nabi-Nabi dan Wali-Wali Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar