Hakikat Asalnya tidak pernah Wujud Kewujudan kita di Dunia ini bukan atas kehendak Diri kita Sendiri tetapi atas kehendak Yang Maha Esa iaitu Allah.
Allah telah menciptakan Aku daripada tiada kepada ada dan memberikan pelbagai nikmat kepada Aku Ajal Aku bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik saat Kun Faya Kun menyapa.
Allah yang menciptakan kamu daripada Tanah kemudian daripada Air Mani kemudian daripada Darah Beku kemudian Allah mengeluarkan kamu sebagai Bayi, kemudian kamu sampai ke peringkat umur Dewasa kemudian kamu menjadi Tua Dan ada antara kamu dimatikan sebelum itu supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan dan supaya kamu memahami.
Aku seharusnya insaf bahawa betapa lemahnya DiriKU. Aku harus bergantung hanya pada Allah Aku dicipta kerana Allah dan sepatutnya tahu tidak ada Tuhan selain Allah.
Dan jangan Engkau menyembah tuhan lain bersama-sama Allah Tiada Tuhan melainkan Allah Setiap satu pasti binasa melainkan Allah Kepunyaan-Nyalah penghakiman, dan kepada Allah juga kamu semua dikembalikan.
Nur berjalan menuju ke tingkap. Dia merenung langit biru yang luas
ALLAH MAHA BESAR
Kenapa Aku sering lalai dengan Ajaran-Nya? Kenapa aku sering mengeluh dengan ujian-Nya? Akulah Manusia yang tak pernah pandai nak berSyukur.
Aku adalah Islam!
Otak Nur masih cuba untuk menghadam setiap pesanan-pesanan Guru Murshid Dia terfana seketika dengan ayat Aku adalah Islam. Dia merenung kehidupannya sebagai hamba di sisi Pencipta.
Dia mengakui sebagai hamba Allah yang beragama Islam tetapi dia sebenarnya tidak Mengetahui maksud pengertian Islam itu Sendiri.
Benar! Aku hanya melihat Islam pada luaran sahaja seperti Solat lima Waktu, puasa di bulan Ramadan dan lain-lain. Aku hanya Mengetahui Hakikat Islam yang sebenar, iaitu penyerahan Diri kepada Allah.
Sesungguhnya Agama di sisi Allah ialah Islam.
AKU BERSERAH DIRI
Tidak ada komentar:
Posting Komentar