Senin, 13 Desember 2021

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

 

Dan pada Dirimu itu mengapakah kamu tidak melihat tanda-tanda dan bukti kebesaran Allah


Allah akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Allah di merata-rata tempat dalam Alam yang terbentang luas ini dan pada Diri mereka Sendiri sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup bagi mereka bahawa Allah mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


langit dan bumi dan segala isi kedua-duanya untuk kita menyaksikan Kebesaran dan KeAgungan Allah Swt.


Bahkan Ayat yang pertama diturunkan di Gua Hira’ adalah Baca yakni belajarlah dan tuntutlah ilmu dengan Nama Allah Yang Mencipta yakni agar dengannya Engkau Mengenal Allah Swt Allah Yang Menciptakan segala sesuatu di seluruh Jagat Raya.


Jadi seawal-awal tuntutan adalah tuntutan Makrifatullah itulah juga Rukun Syahadah


Sabda Baginda Rasulullah SAW di dalam Hadith Jibrail, Agama adalah terdiri daripada Tiga Usul yakni Iman Islam dan Ihsan. Yang pertama daripada ketiga-tiga Usul ini adalah Iman dan yang pertama tentang Iman adalah Mengenal Allah (Marifatullah).


Kedudukan Iman kepada Agama adalah seakan-akan kedudukan akar kepada pokok atau tapak kepada sebuah bangunan Jika baik ia maka baiklah yang terbina segalanya Dan jika buruk ia maka akan mudah runtuhlah yang dibina Segalanya.


Kenapa dikatakan Mengenal Allah itu adalah dengan Mengenal Diri Insan Kenapa tidak Alam Sejagat dengan langit bumi dan segala isi kedua-duanya dan yang ada di antara kedua-duanya.


Kerana hanya pada Diri Insan lah sempurna Tajalli Hak-hak KeTuhanan Allah Malaikat dijadikan tiada Nafsu maka tiada tajalli Iradah Kehendak Binatang dijadikan tiada Akal maka tiada Tajalli Ilmu Kebijaksanaan Tetapi Insan dijadikan dengan memiliki kedua-dua Akal dan Nafsu.


Bahkan Sesungguhnya Allah telah menciptakan Manusia dengan sebaik-baik kejadian yakni pada Diri Insanlah Allah telah menzahirkankan segala Tajalli Sifat-sifat Allah.


Maka Dan pada Dirimu sendiri Duhai Insan kenapakah tidak kamu perhatikan tanda-tanda Kebesaran Allah untuk kamu Mengenali Allah.


Kata Arifbillah:

Barang Siapa yang Mengenal Dirinya maka Mengenal ia akan Allah Sesiapa yang Mengenal Allah maka binasalah Fana Dirinya


Barang Siapa Mengenali Dirinya Nescaya Mengenal pula akan Allah.


Barang siapa Mengenali Dirinya dan lawannya maka dia akan Mengenal Allah dan mengikuti Allah Swt


Kenalilah Dirimu rata-rata Nescaya kau akan kenal Allah yang Amat Nyata.


Dan barang Siapa yang Mengenal akan Hak Allah Mengenallah dia akan hak Dirinya yang tiada apa-apa dan hilanglah hak Dirinya Fana dalam Hak Allah Swt Segala-galanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar