Setelah mencapai tahap pandangan ROH yang tinggi maka kemana saja ROH itu menghadap di sana terdzahir Wajah Allah seolah-olah Ia berada dimana-mana jua.
Maha dekat Allah tidak terkira
Bersatu bersama Sehati Sejiwa
Maha jauh namun dekat jua
Gerak Aku gerak Allah
Diam Aku diam Allah
Tindak-tanduk Aku tindak-tanduk Allah
Hidup Aku pancaran hidup Allah
Diri Aku Bayangan Diri Allah
Sifat Aku gambaran Sifat Allah
Kalau Dia Matahari Akulah Cahaya-Nya
Kalau Dia lautan Akulah OmbakNya
Kalau Dia Masin Akulah garamNya
Kalau dia Manis Akulah gulaNya
Aku seorang berdua denganNya
Tapi Aku berpadu denganNya
Maha dekat disamping Maha jauhNya
Oh! Alangkah hebat Wujud Allah
Wujud Aku tenggelam dalam Wujud Allah
Fana dan Baqa dalam adaNya.
Demikian pandangan Kesufian yang telah mencapai peringkat serasa seolah-olah berserta dengan Wujud Yang Maha Esa itu Mereka mencapai tahap demikian kerana mereka menumpukan seluruh pandangannya terhadap Yang Maha Wujud itu dan penuh Cinta denganNya.
Orang yang tidak pernah menjalani latihan Rohaniah dan tidak tahu hal-hal kerohanian yang mendalam dan tidak pernah menempuh jalan kerohanian, mereka jangan cuba-cuba Mentafsirkan sendiri pendapat mereka itu takut nanti tersesat pula.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar