Untuk mereka yang menajamkan Diri pada jalan ini Ketika jiwa merasai kepedihan kesakitan atau kekosongan mungkin anda perlu menanyakan Diri tentang kesibukan kita dalam beramal dalam Medan gerak kerja.
Coretan ini coretan yang terakhir untuk cuti yang berbaki ini. Itu yang saya dapat rasakan. Cuti kali ini cuti untuk saya jadikan sebagai turning point untuk terus melakukan peningkatan pada Diri. Peningkatan yang Holistik pada Diri, Iman, gerak kerja, kerjaya dan seterusnya kehidupan.
Cuti yang panjang perlu dipenuhi dan disibukan dengan pelbagai Aktiviti yang mendatangkan untung pada Diri. Kekadang Diri ini rasa hairan dengan mereka-mereka yang lebih memilih untuk BERSANTAI dan BEREHATAN tanpa kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti yang jelas tujuannya. Mungkin tuntutan jiwa suka kepada perkara yang MENYENANGKAN daripada KESIBUKAN dan KESUSAHAN. Tetapi, bersantaian dan lopongan waktu tanpa kerja adalah satu penyakit yang akan melalaikan dan boleh membawa kepada satu angan-angan yang Kosong dan boleh memupuk sikap lemah tekad serta keazaman Mungkin tidak keterlaluan untuk dikatakan ia boleh menjadi BARAH yang membahayakan. Ia boleh membunuh jiwa dan perasaan Manusiawi. Ini benar-benar BARAH!!
Masa dan waktu saya, banyak yang kosong dan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Bertahun lamanya,saya cuba memanfaatkan masa yang diberikan dalam hidup, 365 hari, 58 Minggu dan 24 Jam sehari dibiarkan berlalu dengan Aktiviti tanpa arah dan tujuan yang jelas. Saya selalu beralasan saya sibuk apabila diajak untuk aktiviti-aktiviti yang sepatutnya saya lakukan dan laksanakan.
Mungkin benar kata seorang Sahabat saya Satu ALASAN yang akan merosakan kita apabila kita selalu MENYATAKAN kita ini SIBUK.
Ramai Orang sibuk, tetapi dia Sendiri tidak sedar dengan apakah ia disibukkan. Saya Semakin bimbang dengan perkara SIBUK. Sibuk benarkah Aku ini? Jangan berasalan sibuk jika kita tidak tahu ERTI dan MAKNA kesibukan yang Sebenar Bak kata seorang Adik kepada saya ketika saya mengalami Fenomena Sejuk dan Down seketika
Abang kita SIBUKKAN Diri kita dengan program dan Aktiviti yang MEMBINA .
Saya cemburu melihat mereka-mereka yang banyak melakukan kebajikan dan khidmat Masyarakat yang tersusun dan terarah Saya Cemburu melihat mereka yang GHAIRAH dan BERSEMANGAT apabila melakukan sesuatu kerja dan Aktiviti. Seronok dengan gerak kerja mereka dan mereka kelihatan berada dalam kebahagian yang sebenar. Mereka seolah-olah lupa akan tuntutan pada Diri Sendiri kerana SIBUK membantu orang lain. Ya, benar sekali keseimbangan dalam beramal itu satu KEPERLUAN. Namun, melihat kerja-kerja mereka yang mempunyai HIMMAH yang tinggi dan BERJIWA BESAR ini, membuatkan saya ingin BERSAMA dengan mereka sepanjang masa.
Namun, Manusia ada masa naik dan masa turunnya. Kita ingin mendidik Manusia dan Insan. Bukannya ingin mendidik Malaikat. Ketika kita Down lemah dan Jiwa dihimpit kekosongan, pada saat itu hati kita amat-amat berhajatkan sesuatu HEMBUSAN yang mampu untuk menguatkan Jiwa itu kepada semangat yang tulen dan kembali kepada FITRAH Asalnya. Ketika itu, kekuatan kita benar-benar teruji. Seolah-olah ujian dan cabaran yang datang mencengkam Jiwa dan Hati dengan Cengkaman yang meruntun segala perasaan yang bermain dalam fikiran dan Hati.
Rancanglah masa Anda. Laksanakanlah apa yang dirancang. Pantaulah dan nilailah kembali pada yang dilaksanakan.
Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai balik perancangan yang telah dibuat adalah sesuatu yang MESTI dilakukan dalam meniti kehidupan ini. Dengan adanya matlamat yang jelas, kita lebih Ghairah untuk meniti kehidupan dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati. Kesilapan yang lalu, jika boleh jangan diULANGI. Amat malang seorang Mukmin yang Sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan yang berulang.
BERHATI-HATILAH DALAM MENITI KEHIDUPAN
Tanpa kenal lelah jemu, sampaikan FIRMAN ALLAH ~ Sang Murrabi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar