Allah Swt berfirman dalam sebuah Hadits Qudsi Wahai hamba Aku carilah Aku Nescaya Engkau akan menjumpai Aku kerana seandainya Engkau menjumpai Aku maka Engkau telah menjumpai Segala-galanya dan sekiranya Engkau kehilangan Aku maka Engkau kehilangan Segala-galanya Aku Mencintaimu melebihi Segala-galanya
Dunia boleh saja di tangan atau berada di saku untuk disimpan dan dipergunakan dengan niat yang baik Tetapi jangan meletakkannya di dalam Hati Boleh menyimpannya di luar pintu Hati tetapi jangan memasukkannya ke dalam pintu Hati Kerana hal itu tidak akan melahirkan kemuliaan
Tugas kita di Dunia adalah untuk mencari Allah Swt sehingga menyaksikan Allah
Inilah yang terkandung di dalam makna Syahadah penyaksian yang kita ulangi setiap hari.
Inilah juga rukun Agama yang ketiga yaitu Al Ihsan yakni mengabdikan Diri kepada Allah Swt seolah-olah menyaksikan Allah
Seseorang yang menyaksikan Allah Swt di Alam ini dengan Hatinya bermakna dia telah berjumpa dengan Allah Swt.
Menjumpai Allah bermakna menjumpai Segala-galanya kerana Allah Swt adalah Segala-galanya dan terluput dari Allah bermakna terluput dari Segala-galanya kerana Allah lah Segala-galanya.
Menjumpai Allah Swt bermakna dia telah berjumpa dengan cinta yang Hakiki kerana Allah lah Hakikat kecintaan yang Sebenarnya.
Bercintalah dengan Allah kerana Allah takkan menghampakan dan mengecewakan siapapun dalam percintaan Allah
Di dalam perjalanan Hati ini cari dan selalu berdampingan dengan pembimbing yang boleh memimpin kita untuk mencari Allah Swt Kejujuran hati yang benar dalam mencari Allah Swt akan menemukan kita kepada Mursyid yang boleh menunjukkan kita kepada Allah
Semua Guru mengatakan Allah Swt itu ada tapi carilah olehmu seorang Guru yang boleh mengantarkan Engkau ke hadirat Allah
Carilah Allah Swt yang mengatur segala urusanmu Nescaya Allah Swt akan mendatangkan berbagai keajaiban dalam hidupmu.
Orang itu dikatakan dekat dengan Allah Swt selama dia meluangkan waktunya untuk berdzikir setiap hari.
Musyahadah adalah menyaksikan dan bertemu dengan Zat Wajibul Wujud yaitu Allah Swt. Musyahadah ini adalah Awal Mengenal Allah kerana mustahil kita Mengenal Allah Swt apabila tidak pernah menemui Allah. Seperti kata Pepatah Tak jumpa maka tak kenal tak kenal maka tak Cinta
Menyaksikan Allah Swt disini bukan menyaksikan dengan Mata lahir kerana Dia tak dapat dijangkau dengan Panca Indera.
Menyaksikan Allah Swt di sini pun bukan dengan Akal fikiran mahupun perasaan Kerana Dia di luar jangkauan Akal fikiran dan perasaan Menyaksikan Allah Swt disini adalah dengan Mata Hati. Kerana hanya Hatilah yang selalu menjadi pusat pandangan Allah Swt sehingga Hati mendapatkan pancaran Cahaya Nya Tanpa Cahaya seseorang tidak akan dapat melihat apapun kerana Mata tidak akan berfungsi apa-apa apabila tidak ada Cahaya sedikit pun
Begitulah juga dengan Mata Hati, tidak akan dapat menyaksikan Allah Swt tanpa Nur Cahaya Nur itu adalah dari Allah Swt Sendiri karena hanya Dia sendirilah yang memperkenalkan Diri Nya kepada hamba-hamba Nya. Semoga kita mendapatkan Nur tersebut sehingga Mata Hati kita tidak Buta dalam menyaksikan Al Haq Allah Swt
Allah Swt berfirman Maka sesungguhnya bukanlah Matanya yang Buta tetapi Mata Hati yang berada di Rongga Dadanya.
Allah Swt berfirman Barang siapa Buta di Dunia, maka di Akhirat lebih Buta dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.
Dari Ayat-Ayat ini, dapat dipahami bahwa apabila di Dunia ini Mata Hati Buta terhadap Diri Allah Swt, maka di Akhirat akan lebih Buta lagi terhadap Allah Swt sehingga kita menjadi lebih tertutup atau terhalang untuk melihat Allah Swt. Sebagaimana Firman Nya.
Allah Swt berfirman Sekali-kali tidak Sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari Melihat Allah Swt
Tidak ada komentar:
Posting Komentar