Minggu, 05 Desember 2021

BERSYUKURLAH

 


Kita masih diberi Umur panjang pada setiap hari diberi peluang ketenangan Hati 

Usia muda dan Tubuh Badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai Usia Tua


Ulama ada mengatakan Manusia itu hanya kumpulan hari-hari Ada Manusia masih tidak sedar Modal harinya semyakin berkurangan


Betapa hinanya apabila saat dijemput Allah Swt kita dalam keadaan melakukan Maksiat atau sedang berseronok hingga lupa tanggung jawab Diri Sebagai Seorang Hamba


Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang diberi panjang Umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat Manusia ialah orang yang diberi Allah Umur panjang tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.


Baginda mengajar umatnya bagaimana hari-hari yang dilalui itu boleh menjadi Indah dan Sentiasa dalam Rahmat Allah Swt


Daripada Ummu Salamah beliau berkata Nabi Muhammad Saw jika masuk waktu pagi Baginda akan memulakannya dengan doa

Ya Allah sesungguhnya Aku memohon kepada-Mu Ilmu yang bermanfaat rezeki yang baik dan Amalan yang diterima


Kita diperintahkan Allah Swt untuk meminta Walaupun Dia Mengetahui Segala keperluan dan hajat kita


Perkara itu dinyatakan Allah Swt menerusi Firman Allah yang bermaksud Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu Mengenai Aku maka beritahu kepada mereka Sesungguhnya Aku Allah Sentiasa hampir kepada mereka Aku perkenankan permohonan Orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku Dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul


Dunia ini bukan tempat untuk kita menikmati sepuas-puasnya kehidupan ini Dunia ini adalah tempat percaturan Manusia untuk mencari bekalan selepas kematian


Ramai tidak menghiraukan Urusan Mengingati kematian seolah-olah merasakan kematian itu ditulis untuk Orang lain Akibatnya mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan Amal kebajikan dan memperbaiki Diri


Rasulullah Saw menerusi Sabda Baginda yang bermaksud Perbanyakkanlah mengingati Mati yang akan menghapuskan kelazatan Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah Nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu Senang Nescaya Hati dan perasaan akan Sedar dan Menginsafi Diri


Berbeza dengan perasaan bercita-cita untuk Mati Situasi itu membawa seseorang kepada perasaan putus Asa dan tidak reda menerima Ujian


Disebutkan di dalam hadis Rasulullah Saw yang bermaksud Allah Swt mencabut daripada dalam Hati musuh rasa kehebatan Islam lalu Allah Swt akan jadikan bagi kamu satu penyakit Wahan


Sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw Apakah Wahan itu ya Rasulullah


Nabi Muhammad SAW bersabda Cinta kepada Dunia dan benci kepada kematian


Mengingati Mati bukannya mahu Manusia meminta lekas Mati atau meninggalkan Segala Urusan dan tanggung jawabnya di Dunia


Sebaliknya, mengingati kematian mendorong Manusia menetapkan Matlamat yang jelas hidupnya di Dunia dan Akhirat Manusia yang sering mengingati Mati menyedari Allah Swt Sentiasa mengawasi Setiap tindakan yang dilakukannya


Allah Swt berfirman yang bermaksud Katakanlah Wahai Muhammad Sebenarnya Maut yang kamu melarikan Diri daripadanya itu tetap ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui Segala yang Ghaib dan yang Nyata lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan serta membalasnya


Kematian setiap Muslim itu bergantung kepada Amalan yang dilakukan Sepanjang hidupnya


Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud Dan sesungguhnya Amalan itu bergantung dengan penutupnya


Dikhuatiri jika tidak Sempat bertaubat kita akan Mati dalam keadaan Sia-Sia.


Sehubungan itu kita perlu Sentiasa Mengingati hal berkaitan kematian diiringi Amalan antaranya memperbanyakkan istighfar


Menyelam ke dalam Diri Semoga Sentiasa ketemu Diri yang Ampunya Diri yang Asli


Tidak ada komentar:

Posting Komentar