Bersyukur kita masih diberi Umur panjang pada Setiap Hari
USIA muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai Usia Tua
Guru Mursyid ada mengatakan Manusia itu hanya kumpulan hari-hari Ada Manusia masih tidak sedar Amalan harinya Semakin berkurangan.
Betapa hinanya Apabila saat dijemput Allah Swt kita dalam keadaan melakukan Maksiat atau Sedang berseronok hingga lupa tanggung jawab Diri Sebagai Seorang Hamba
Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang diberi panjang Umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat Manusia ialah Orang yang diberi Allah Umur panjang tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan
Baginda Mengajar umatnya bagaimana hari-hari yang dilalui itu boleh menjadi Indah dan Sentiasa dalam Rahmat Allah Swt
Kita diperintahkan Allah Swt untuk meminta walaupun Allah Mengetahui Segala keperluan dan hajat kita
Perkara itu dinyatakan Allah Swt menerusi firman-Nya yang bermaksud Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu Mengenai Aku maka beritahu kepada mereka Sesungguhnya Aku Allah Sentiasa hampir kepada mereka Aku perkenankan permohonan Orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Aku Maka hendaklah mereka menyahut seruan Aku dengan mematuhi perintah Aku dan hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka menjadi baik serta betul.
Dunia ini bukan tempat untuk kita Menikmati sepuas-puasnya kehidupan ini Dunia ini adalah tempat percaturan Manusia untuk mencari bekalan selepas Kematian
Ramai tidak menghiraukan Utusan Mengingati kematian seolah-olah merasakan kematian itu ditulis untuk Orang lain Akibatnya mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan Amal kebajikan dan memperbaiki Diri
Rasulullah Saw menerusi Sabda Baginda yang bermaksud Perbanyakkanlah mengingati Mati yang akan menghapuskan kelazatan Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu Senang Nescaya Hati dan perasaan akan Sedar dan menginsafi Diri
Berbeza dengan perasaan bercita-cita untuk Mati Situasi itu membawa seseorang kepada perasaan Putus Asa dan tidak Reda menerima Ujian
Disebutkan di dalam Hadis Rasulullah Saw yang bermaksud: Allah Swt mencabut daripada dalam Hati musuh rasa kehebatan Islam lalu Allah Swt akan jadikan bagi kamu satu penyakit wahan.
Sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw Apakah Wahan itu ya Rasulullah
Nabi Muhammad Saw bersabda Cinta kepada Dunia dan benci kepada kematian
Mengingati Mati bukannya mahu Manusia meminta lekas Mati atau meninggalkan Segala Urusan dan tanggung jawabnya di Dunia
Sebaliknya mengingati kematian mendorong Manusia menetapkan Matlamat yang jelas hidupnya di Dunia dan Akhirat Manusia yang sering mengingati Mati menyedari Allah Swt Sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukannya.
Allah Swt berfirman yang bermaksud Katakanlah Wahai Muhammad Sebenarnya Maut yang kamu melarikan Diri daripadanya itu tetap Allah akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui Segala yang Ghaib dan yang nyata lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan serta membalasnya
Kematian setiap Muslim itu bergantung kepada Amalan yang dilakukan Sepanjang hidupnya
Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud Dan sesungguhnya Amalan itu bergantung dengan penutupnya
Dikhuatiri jika tidak sempat bertaubat kita akan Mati dalam keadaan Sia-Sia
Sehubungan itu kita perlu Sentiasa Mengingati hal berkaitan kematian diiringi Amalan antaranya memperbanyakkan Istighfar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar