FIRMAN Allah Swt Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi Ampun kepada Orang yang bertaubat serta beriman dan beramal Soleh kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.
Bertaubat kepada Allah Swt menurut pandangan Islam adalah satu usaha Wajib dilakukan setiap individu tiada yang boleh mengambil alih tugas itu walau siapapun mereka Kesalahan terhadap Allah tidak dapat dirawat melainkan Orang yang melakukan kesalahan memohon ampun kepada-Nya.
Menjadi satu kewajipan sesiapa yang terpesong daripada jalan kebenaran bersegera menuju kembali kepada Allah tanpa bertangguh kerana peluang yang ada hari ini belum tentu ada keesokan harinya.
Setiap penangguhan untuk melakukan suatu cara hidup baru dengan amalan berfaedah Ertinya melanjutkan zaman kegelapan yang sepatutnya harus ditinggalkan segera.
Firman Allah Swt Wahai Orang yang beriman Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha mudah-mudahan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa Sungai pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan Orang yang beriman bersama-sama dengannya Cahaya Iman dan Amal Soleh mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka Semasa mereka berjalan mereka berkata ketika Orang Munafik meraba-raba dalam gelap-gelita Wahai Allah kami Sempurnakanlah bagi kami Cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Sesungguhnya keperluan tauybat ini bukan untuk Orang atau golongan tertentu saja bahkan mereka yang taat kepada Allah Swt pun memerlukan Taubat seperti Orang melakukan Maksiat Mereka yang taat juga perlu bertaubat melihat dari pelbagai sudut.
Pertama seseorang itu perlu bertaubat daripada kesilapan yang mungkin berlaku dalam perkara Ibadah jarang Sekali Orang melakukan ibadah tanpa cacat cela seperti membaca al-Quran atau bersolat kemungkinan ada waktu dan detik kelalaian menyelubungi Hati
Mungkin Ibadah itu akan ditolak dengan kesilapan yang dilakukan Rasulullah SAW meminta kita beristighfar sebanyak tiga kali selepas selesai menunaikan Solat untuk memohon keampunan bagi kesalahan yang dilakukan ketika beribadah kepada Allah
Kedua adalah tidak benar bagi mereka yang menyangka ibadah dilakukan seperti Solat adalah hak Allah yang Wajib ditunaikan maka selepas itu selesailah segala kewajipan terhadap Allah
Mungkin dengan pemikiran seperti itu seseorang Wajib bertaubat kerana itu seolah-olah sedikit Ibadah yang dilakukan sudah membayar Segala harga Nikmat Allah
Ketiga Ibadah yang dituntut kepada setiap Orang adalah banyak dan pelbagai sesetengah hanya menumpukan Ibadah tertentu dan meninggalkan kewajipan lain Seorang Hartawan yang menumpukan Ibadah Solat tetapi meninggalkan keperluan bersedekah Wajib bertaubat daripada kelakuan itu
Begitu juga seorang yang dikatakan warak sentiasa lidahnya berzikir tetapi menyepikan Diri walaupun berlaku kemungkaran di depan Matanya maka menjadi satu keperluan kepadanya memohon Ampun kepada Allah dan mengubah sikap pasifnya
Keempat mengawal Ibadah selepas menyempurnakannya daripada kecacatan dan kekurangan yang mungkin tidak dapat tidak akan berlaku walaupun sedikit Ibarat mengawal tanam-tanaman daripada gejala penyakit dan Makhluk perosak.
Contoh seorang yang memberi sesuatu pemberian kemudian mengungkit dan meminta sanjungan Manusia terhadapnya pasti Pahala Amalannya akan terbantut Pasti Sekali Orang seperti ini perlu bertaubat kepada Allah Swt supaya ibadahnya Kembali diterima
Bertaubat atau Kembali kepada Allah itu menuntut Manusia memperbaiki Dirinya menyusun balik cara hidupnya dan menyambung Kembali perhubungannya dengan Allah dalam bentuk yang lebih Murni.
Sabda Rasulullah Saw dalam satu Hadis Qudsi Telah berfirman Allah Swt Wahai Anak Adam Setiap kali Engkau memohon dan mengharap kepada Aku_ Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang Engkau lakukan dan Aku tidak peduli Wahai Anak Adam Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian Engkau memohon Ampun kepada Aku Nescaya Aku akan mengampuni Wahai Anak Adam! Andai kata engkau datang kepada-Ku dengan Dosa sepenuh Bumi kemudian Engkau menemui Aku sedang Engkau tiada menyekutukan Aku dengan sesuatu pun Nescaya Aku akan datang kepadamu dengan Ampunan sepenuh Bumi pula.
Motivasi daripada Rasulullah Saw itu Ibarat seteguk Air yang dicapai oleh Orang haus bagi menghidupkan Kembali Semangat dan cita-cita daripada kemahuan yang lemah serta tidak berdaya bergerak menuju kepada Allah Swt untuk membaharui kehidupannya.
Hakikatnya Allah Swt menghendaki seluruh hamba Allah kebaikan dan kemuliaan tetapi sebahagian Besar Manusia enggan menyahut perintah Allah supaya berjalan di atas landasan yang digariskan untuk mereka.
Meskipun terjebak dalam kesalahan dan Maksiat panggilan Iman masih juga menyeru mereka supaya merujuk Kembali kepada Allah Swt
Kegembiraan Allah melihat mereka merujuk dan Kembali kepada Allah adalah sesuatu yang sukar untuk digambarkan
Pintu Taubat Allah Swt terbentang luas Namun perlu diingat peluang terbentang luas ini juga ada pengakhirannya. Pintu Taubat Allah Swt akan tertutup jika seseorang hamba itu hampir menemui ajalnya dan apabila telah Sampai detik kehancuran Dunia iaitu tibanya Hari Kiamat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar