Minggu, 05 Desember 2021

...

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Sesungguhnya Hidup Manusia di Alam Dunia ini hanyalah untuk Sementara Sahaja Apabila tiba waktunya Roh pun akan dijemput pulang Kembali kepada Yang Maha Pencipta Ketika itu harta benda kemewahan Dunia pangkat dan Darjat keturunan rupa yang cantik rupawan kemahsyuran dan sebagainya tidak berguna lagi melainkan mereka yang Kembali kepada Allah Swt dengan harta yang Sejahtera Iman dan Amal Soleh


Pada Hari itu akan nampaklah dengan senyata-nyatanya Hakikat kehidupan ini yang sebenarnya Tertipulah mereka yang telah tertipu dengan kehidupan Dunia yang Busuk senda gurau dan Fana ini Berjayalah mereka yang telah menyiapkan persiapan bertemu dengan Allah Swt mereka itulah mereka yang beriman dan melakukan Amalan-Amalan Soleh Mereka itulah yang sering Kembali bertaubat kepada Allah Swt Saban waktu Dan mereka itulah Orang yang sering memerhatikan kecelaan Diri Sendiri dan Mencari Jalan untuk memperbaikinya


Aduhai Jiwa yang Alpa carilah Taufik dan Hidayah Allah Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Allah memberi petunjuk kepada Sesiapa yang dikendaki Allah dan menyesatkan Sesiapa yang dikehendaki Allah Dan di dalam kuasa Allah lah kebaikan dan Allah Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu


Dalam kitab-kitab Tasawuf ada beberapa jenis pembahagian tingkat kemuliaan Rohani Tetapi secara mudah dapat dibahagikan kepada Tiga peringkat:


1) Nafsu Ammarah aitu satu tingkat Rohani yang masih cenderung untuk mengikut panggilan Hawa Nafsu masih goyah oleh godaan syaitanirrajim Inilah Nafsu yang kebanyakannya dimiliki Orang. Dalam Al-Quran ada menyebut


Dan Aku tidaklah membebaskan Diriku dari kesalahan kerana sesungguhnya Nafsu itu suka sekali menyuruh kepada keburukan, kecuali Nafsu yang dirahmati Allah


Nafsu Ammarah ini adalah tingkat kerohanian yang paling rendah Tetapi apabila ditarbiyahkan ia akan meningkat ke darjat yang lebih tinggi iaitu Nafsu lawwamah.


2) Nafsu lawwamah iaitu satu tingkat Rohani yang sudah lebih tinggi kerana kebiasaan mengawasi Diri membetulkan kesalahan Diri meneliti Diri dan memeriksa Amal denigan Cermat serta selalu membuat timbal balik antara kesalahan Dirinya dengan kemajuan Amal Solehnya Dia akan merasa dukacita dan menyesali keburukannya dan berasa Tenang apabila berbuat kebaikan Dalam hubungan Nafsu lawwamah ini Allah Swt berfirman dalam Al-Qiyamah Ertinya


Aku bersumpah dengan Hari Kiamat Dan Aku bersumpah Dengan Jiwa yang selalu menegur Dirinya Sendiri


3) Nafsu Muthmainnah iaitu Jiwa yang Tenang tenteram dalam kebaikan Apabila seseorang sudah Demikian terlatih dalam tingkat kerohanian yang ke-2 Suka menegur Diri Sendiri Apabila terjebak dalam kemungkaran Akhirnya dapatlah dia mengekalkan Dirinya istiqamah dalam mengerjakan kebaikan dan selalu menjauhi keburukan kerana kewaspadaannya maka boleh dikatakan dia telah mencapai tempat kerohanian yang luhur


Dengan kemampuan memerangi Hawa Nafsu menyekat syahwat mengatasi segala macam kekurangan dan kerendahan Jiwa maka dapatlah Jiwa itu dihantarkan kepada kebenaran kebaikan keindahan dan kesempurnaan Orang yang Demikian itu telah mencapai tingkat kebijaksanaan dan memperolehi Mutiara ketenangan Jiwa Orang itulah yang diundang dan dipersilakan Allah Swt untuk menikmati kebahagiaan Hakiki dan Abadi


Hai Jiwa yang Tenang tenteram Muthmainnah Kembalilah kepada Allah Dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Allah Dan masuklah ke dalam Syurga Allah


Orang yang Bijaksana adalah Orang yang selalu meneliti Dirinya pada tingkat manakah Dirinya. Oleh kerana dia merasakan kekurangannya kerana dia masih ada dalam tingkat Rohani yang rendah maka dia berusaha menebus kealpaan Diri dengan pembersihan Rohani dan peningkatan Amal Soleh dan terus bertaqarrub kepada Allah Swt


Sementara itu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Fatawa menampilkan pembahagian darjat bersandarkan firman Allah Swt


kemudian Kami wariskan kitab itu kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami. Tetapi sebahagian dari mereka yang menganiaya Dirinya dan sebahagian dari mereka Cermat dan sebahagian dari mereka ke depan dalam kebajikan dengan izin Allah Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar


Ayat tersebut menggambarkan adanya 3 golongan atau Darjat Manusia, iaitu


1) Zhalimun linafsih golongan orang-orang yang menganiaya Diri Sendiri iaitu mereka yang derhaka kepada Allah Swt Dengan meninggalkan perintah dan mengerjakan pula apa yang dilarang Allah mereka itulah yang mencampakkan Diri mereka Sendiri ke lembah kebinasaan dengan melakukan Dosa besar Seperti Minum Arak berzina dan sebagainya


2) Muqtasid golongan atau Darjat Manusia pertengahan yang Cermat yang melakukan kewajipan dan menjauhi larangan Allah Swt


3) Saabiqul bil khairat golongan orang yang maju dalam kebaikan tidak hanya menunaikan kewajipan melaikan juga mengerjakan Segala yang Sunat Dan Golongan inilah pada Darjat yang paling Tinggi


Darjat Waliullah- Wali Wali Allah yang bagi mereka menurut Al-Quran tidak akan cemas dan dukacita iaitu mereka yang bertakwa kepada Allah Jadi pengertian Wali Wali Allah di sini ialah mereka yang beriman dan bertakwa


Akan tetapi dibahagikan kepada Dua bahagian yang umum dan Muqtasid dan yang khusus ialah Golongan Orang yang selalu berlumba-lumba maju ke hadapan dalam kebajikan Mereka inilah yang berada dalam Darjat yang paling Tinggi misalnya Para Nabi dan Siddiqin.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar