Bersyukur Aku kehadrat Ilahi kerana diberikan nikmat Iman dan Islam serta nikmat kesihatan tubuh badan yang berkekalan untuk terus hidup dan berbakti.
Setiap jiwa yang bernyawa, pastinya akan merasai kematian. Inilah satu ketentuan ilahi yang telah ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi. Setiap dari Aku telah dicatatkan rezekinya, jodohnya dan ajalnya. Semuanya ditentukan Allah jua.
Antara perkara yang Ghaib yang dirahsiakan Allah adalah kematian. Bilakah ajal Aku Di manakah Aku menemui ajal Aku Bagaimana Aku mati Adakah mati dalam keadaan bahagia Husnul khatimah ataupun sebaliknya Di manakah jasad Aku nanti dikuburkan Semuanya hanya diketahui oleh Allah. Antara Hikmah Allah, sesungguhnya Allah hendak menguji Aku sebagai hamba Allah adakah Aku benar-benar beriman kepada Allah. Sejauh mana Aku mamahami Hakikat kejadian Aku di Dunia ini Beruntunglah bagi Aku yang sentiasa mengingati Allah dan kerugian nyata bagai Aku yang Alpa.
Dari Allah Aku datang kepada Allah jua Aku kembali. Kematian bukanlah berErti satu pengakhiran. Tetapi ini hanya pemutus hubungan Dunia dan sebagai satu Alam persinggahan sementara sebelum Aku dikumpulkan semula di Mahsyar pada hari yang membawa kebahagiaan selamanya kepada Aku yang sentiasa berwaspada dan mendatangkan penyesalan nyata lagi tidak berkesudahan bagi yang sering lalai.
Aku menyeru Diri Aku agar sentiasa menuruti perintah Allah swt. Janganlah Aku kelak tergolong menangis dan menempik akibat kesesalan akibat keAlpaan semasa hidup di Dunia yang menipu ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar