Diri Zahir yaitu Diri yang dapat dilihat oleh Mata dan dapat diraba oleh tangan.
Diri batin yaitu yang tidak dapat dipandang oleh Mata dan tidak dapat diraba oleh tangan, tetapi dapat dirasakan oleh Mata Hati. Adapun dalil Mengenai terbahaginya Diri Manusia boleh dilihat di bawah.
Kerana sedemikian pentingnya peranan Diri yang Batin ini di dalam upaya untuk memperoleh pengenalan kepada Allah, itulah sebabnya kenapa kita disuruh melihat ke dalam Diri.
Dan di dalam Diri kamu apakah kamu tidak memperhatikannya.
Allah memerintahkan kepada Manusia untuk memperhatikan ke dalam Dirinya disebabkan kerana di dalam Diri Manusia itu Allah telah menciptakan sebuah Mahligai yang mana di dalamnya Allah telah menanamkan Rahsianya
Aku jadikan dalam Rongga Anak Adam itu Mahligai dan dalam Mahligai itu ada Dada dan dalam Dada itu ada Hati (Qalbu) namanya dan dalam Hati (Qalbu) ada Mata Hati (Fuad) dan dalam Mata Hati (Fuad) itu ada penutup Mata Hati (Saghaf) dan dibalik penutup Mata Hati (Saghaf) itu ada Nur Cahaya (Labban), dan di dalam Nur Cahaya (Labban) ada Rahsia (Sirr) dan di dalam Rahsia (Sirr) itulah Aku kata Allah
Tanyalah kepada Ahlinya, yaitu Ahli Zikir,
Tanyalah kepada Ahli Zikrullah (Ahli Sufi) kalau kamu benar-benar tidak tahu.
Kerana Allah itu Ghaib, maka perkara ini termasuk perkara yang dilarang untuk menyampaikannya dan haram pula dipaparkan kepada yang bukan Ahlinya (Orang Awam), sebagimana dikatakan Para Sufi lagi Mursyid
Bagi Allah itu ada beberapa Rahsia yang diharamkan membukakannya kepada yang bukan Ahlinya Makrifatullah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar