Kamis, 02 Desember 2021

DARI ALLAH DATANG KEPADA ALLAH JUA KEMBALI

 

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan Nikmat Iman Islam serta Nikmat kesihatan Tubuh Badan yang berkekalan untuk terus hidup dan berbakti.


Setiap Jiwa yang bernyawa pastinya akan merasai Kematian Inilah satu ketentuan Ilahi yang telah ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi Setiap dari kita telah dicatatkan rezekinya jodohnya dan ajalnya Semuanya ditentukan Allah jua


Antara perkara yang Ghaib yang dirahsiakan Allah adalah kematian Bilakah Ajal kita Di manakah kita menemui Ajal kita Bagaimana kita Mati Adakah Mati dalam keadaan bahagia Husnul Khatimah ataupun sebaliknya Di manakah Jasad kita nanti dikuburkan Semuanya hanya diketahui oleh Allah Antara hikmah-Nya sesungguhnya Allah hendak Menguji kita sebagai hamba Allah adakah kita benar-benar beriman kepada Allah Sejauhmana kita mamahami Hakikat kejadian kita di Dunia ini Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mengingati Allah dan kerugian nyata bagai Manusia yang Alpa.


Dari Allah datang kepada Allah jua kembali Kematian bukanlah beerti satu pengakhiran Tetapi ini hanya pemutus hubungan Dunia dan sebagai satu Alam persinggahan Sementara sebelum kita dikumpulkan semula di Mahsyar pada hari yang membawa kebahagiaan selamanya kepada hamba Allah yang Sentiasa berwaspada dan mendatangkan penyesalan nyata lagi tidak berkesudahan bagi yang sering lalai.


Maka, persiapkanlah Diri kita sebelum kita dijemput Ajal Perbanyakkan sedekah jariah yang ikhlas Amalan Soleh yang Istiqomah melalui Ilmu yang bermanfaat dan didikilah Anak kita agar menjadi Insan Soleh dan Solehah yang akan sering mengutus doa untuk kita kelak Benarlah apa yang dinyatakan oleh Baginda Saw Mafhumnya jika Mati Anak Adam akan terputus Segala Amalannya melainkan tiga perkara sedekah jariahnya Ilmunya yang bermanfaat serta anak-anaknya yang Soleh mendoakannya


Saya menyeru Diri saya dan Sahabat agar Sentiasa menuruti perintah Allah Swt Janganlah kita kelak tergolong daripada Manusia yang Menangis dan Menempik Akibat kesesalan Akibat keAlpaan Semasa hidup di Dunia yang menipu ini


Tidak ada komentar:

Posting Komentar