APA KAH DIRI ITU??
Untuk pengetahuan Semua bahawa DIRI itu mendatang kemudian setelah Roh memasukki Jasad bagaimana ini berlaku
Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan Cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya ini telah menyebabkan ujudnya Diri yang berupa saperti Jasad nya memenuhi ruang dalaman Jasad nya
Maka ujudlah Diri Sebenar Diri dan DIRI ini lah yang harus di kenal.
Kenal lah Diri maka kenal Allah
BAGAIMANA MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk Mengenal DIRI ini bergantung kepada perguruan dan kaedah Guru Mursyid mengajar kepada murid murid nya Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan tujuan nya satu ya itu untuk Mengenal DIRI Sebenar DIRI
Untuk Mengenal DIRI ini ada Tiga cara
Terbuka dengan Sendiri nya
Ushakan Sendiri untuk membukanya
Dibuka oleh Guru Mursyid
Apakah yang di maksudkan dibuka
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran Cahaya DIRI itu hingga keluar dari Jasad dan terpancarlah Cahaya DIRI itu keluar dari Jasad melalui jalan Jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari Ilmu ini.
Ini lah Rahsia hidup kita dan DIRI ini lah yang menghidupkan Jasad selagi ada hayatnya di Dunia ini DIRI ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita kerana ia mengandungi banyak Rahsia dan serba guna di Dunia dan Akhirat janji Allah Pasti
Kenal kah DIRI tadi kepada Allah Sudah tentu kerana dia datang dari sana dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat Mengenal DIRI kita yang sebenar benar DIRI ini kita harus belajar dari DIRI ini
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA Mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru Mursyid
Kehidupan Sebenar ialah di dalam dan kehidupan Dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulan nya kenali lah DIRI kita ini yang Allah lah Sebenar Benar DIRI dan kemukakan lah Allah dalam Segala Urusan kita di Dunia ini Sementara menunggu hari yang Kekal Abadi kerana Allah kekal kerana di kekalkan.
Ilmu Mengenal DIRI ialah satu Ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap Manusia membawanya di dalam Jasad Kasar mereka harus kah penghidup Jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa Mengenali dan merasakan nya hanya Semasa Maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang Allah akan Meninggalkan kita
Tidak ada komentar:
Posting Komentar