Kamis, 02 Desember 2021

RAHSIA KENANGAN

 

Tidak kira Siapa pun kita setiap hari kita pasti diuji Namun usah bimbang kerana Allah Swt mendedahkan Rahsia ketenangan


Allah Maha Tahu apa yang hamba-Nya perlukan dalam kehidupan


Orang-orang yang beriman dan Hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah Ingatlah hanya dengan mengingati Allah Hati menjadi tenteram.


Bagaimana cara kita menghadapi Waktu sukar setelah Mengetahui Rahsia ketenangan itu Adakah kita percaya dan mengamalkan Rahsia hebat itu Kita boleh memilih cara berfikir saat diuji


Sehubungan itu kita perlu Sentiasa memikirkan cara untuk melawan Segala perasaan sedih kecewa dan berputus Asa Supaya Sentiasa tenang dan bersemangat


Berzikir akan mewujudkan keimanan dalam Diri seperti yang ditegaskan dalam ayat di atas Orang yang beriman Hati mereka menjadi tenteram dengan Mengingat Allah


Iman bermaksud meyakini Allah Swt mencintai dan mengambil berat Mereka yang beriman juga percaya setiap kesusahan dan ujian yang dialami datangnya daripada Allah Swt


Allah Swt menimpakan kesusahan dan ujian buat hamba-Nya untuk meningkatkan lagi keimanan dan kehidupan hamba-Nya


Setiap dugaan yang dihadapi mungkin sukar tetapi Allah Swt turut menyediakan jalan keluar untuk setiap kesusahan.


Setelah berusaha kita hanya perlu menyerahkan segala-galanya kepada Allah Swt


Beriman juga adalah pembelajaran tanpa Had. Mungkin kita sudah diajar dengan keimanan tetapi apabila berdepan masalah kita masih tidak dapat menghadapinya dengan Hati terbuka.


Kita juga mungkin menganggap Diri sudah beriman tetapi masih berkeluh-kesah bersangka buruk dan menyalahkan takdir apabila ditimpa ujian


Apabila dilanda ujian Diri menjadi takut Maka Kembalilah dengan cara berzikir berdoa serta mendirikan Amalan mentauhidkan Diri Sendiri.


Allah Swt Sentiasa menjaga dan merawat sehingga kehidupan kita semakin Baik Hari Demi Hari.


Keyakinan itu akan meneguhkan keimanan dalam Diri serta membuang kegelisahan terhadap masa hadapan dan membentuk ketenangan dalam Hati


Doa juga dapat membuatkan kita Sentiasa mengingati Allah Swt Fikirkan satu doa paling kita ingat dan ucapkanlah doa itu


Renungkan bagaimana kita mengingati Allah Swt dalam surah al-Fatihah iaitu doa paling banyak dibaca.


Tujuan doa yang kita kerjakan setiap hari adalah untuk sentiasa mengingati Allah Swt


Namun Solat yang tidak khusyuk tetap tidak akan menambah keimanan dan mendatangkan ketenangan


Ini kerana sistem saraf jantung dan semua bahagian Tubuh bertindak balas terhadap apa yang kita fikirkan


Keresahan dalam benak fikiran akan mewujudkan tekanan dan menjejaskan kesihatan.


Justeru mengingati Allah Swt secara sedar membantu mengubah Diri Sekiranya kita melakukannya secara konsisten kita akan sentiasa merasa dilindungi dan dikasihi


Pada Akhirnya, Allah mewujudkan kedamaian dan ketenangan yang dapat membantu mengawal tekanan dan keresahan


Perkara itu juga memberi keyakinan dalam Diri bahawa apapun yang berlaku pasti terkandung Hikmah dan kita akan memperoleh kebaikan pada Akhirnya.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar