Kamis, 02 Desember 2021

DUNIA IALAH MEDAN UJIAN

 

Ingatlah Allah mengurniakan Roh kita pakaian berupa Tubuh Badan untuk diuji di Dunia sejauh mana kita berpegang kepada janji Roh kita Lantaran itu Allah telah jadikan Dunia ini sebagai Medan Ujian Oleh kerana Bumi dipilih sebagai Medan Ujian maka pakaian Roh kita semua mestilah diperbuat daripada bahan asas Bumi yakni Tanah Terdapat beberapa Ayat-Ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa Dunia ini ialah Medan Ujian antaranya


Dan Allah lah yang menciptakan langit dan Bumi dalam Enam masa untuk Allah Menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik Amalannya.


Sesungguhnya Allah telah menjadikan apa yang ada di Bumi sebagai perhiasan bagi Allah untuk Allah menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik Amalannya


Oleh demikian Ujian Sebenar bagi kita ialah bagaimana di sebalik kesibukan kerja urusan keluarga kegiatan sosial dan perihal Duniawi kita tetap dapat mengotakan janji kita Kaedahnya bermula dengan niat untuk menetapkan semula dan menjajarkan semula hala tuju kehidupan dengan Mengorientasikan Segala Aktiviti Harian ke arah Naratif pengabdian dan ketauhidan kepada Allah. Tidak kiralah apa jua pekerjaan sama ada Guru Doktor Jurutera Peguam Akauntan atau Ahli perniagaan mahupun pemimpin politik kita Wajib sedaya upaya memastikan kesemua usaha dan hasil kerja kita berlandaskan syariah supaya menjadi Ibadah yakni sebagai bukti kita berpegang teguh kepada Perjanjian Alastu. Manakala apa-apa aktiviti yang tidak boleh dijadikan bukti kita elakkan misalnya rasuah Barulah Ikrar Benar kami bersaksi terbukti benar di sisi Allah Swt


Ayuh marilah kita bersama-sama hala tuju dan Naratif kehidupan kita di Dunia ini supaya fokus Utama ialah untuk memenuhi Perjanjian Alastu sekaligus Mentauhidkan Allah


Tidak ada komentar:

Posting Komentar