Fana Zahir iaitu merasakan Tajali atau memantul keAgungan Allah pada tindak tanduk seseorang sehingga segala keinginan kehendaknya ikhtiarnya sudah terlepas dari Dirinya Kerana itu kadang-kadang orang itu sampai beberapa lama tidak tahu makan dan minum dan sebagainya semuanya terserah kepada Allah
Fana Bathin iaitu Hatinya saja yang Fana dan zahirnya tidak zahirnya seperti biasa Hatinya terbuka pada melihat Sifat-Sifat Allah dan keAgungan serta gerakan-gerakan Allah hilanglah segala was-was dan keragu-raguan dalam Hatinya dan penuhlah Hatinya dengan keyakinan terhadap Allah Swt Tidak ada dalam Hatinya timbul perasan takut dan gentar kasih dan sayang suka dan duka kecuali kepada Allah.
Fana yang demikian itu yang membawa ke Maqam Baqa‘billah serta melewati Fana yang pertama Biasanya lebih dahulu dimulai dengan pengakuan seluruh Wujud Sedang Hatinya atau Rohnya selalu melihat gerakan Allah baik dalam ibadah seperti dalam Sembahyang Dan dalam segala apa yang dilihat dan didengar dan sebagainya Maqam Baqa’billah inilah yang senantiasa ada pada para Nabi dan Rasul-Rasul Aulia dan Anbiya Allah Ta’ala yang berada dibawah Qidamnya Nabi Muhammad Saw
Maqam Baqa’billah ini kebanyakan adalah Maqam mereka yang Mahzub dimana setelah mereka berada dipuncak Tauhid lalu mereka turun kepada Sifat dan sama terus kepada Afa’al, sehingga kelihatan pada zahirnya mereka seperti orang biasa saja memandang akuan ini dan berbuat seperti Ahli Syariat umumnya Tetapi Hati mereka tidak pernah lupa kepada Allah dan selalu berpegang kepadanya Ada sedikit perbezaan bagi orang yang berada diMaqam Fana mereka adalah orang yang Salik Dimana pandangan mereka dimulakan dari bawah dan terus naik atau tarakki. Yakni dimulai memandang Akuan naik kepada Afa’al, sama terus kepada Sifat dan Akhirnya kepada Zat Dan kerana tajamnya serta Asyiknya Musyahadah mungkin terjadi perasaan Fana yang kita maksudkan dengan Fana Zahir yang tersebut diatas.
Demikianlah perjalanan Fana dan Baqa bagi seorang Aribillah atau Wali Allah Ta’ala. Jadi disini hamba katakan bahawa kalau dimaqam Fana belum faham betul atau belum mengerti maka tidak ada harapan untuk mencapai maqam Baqa. Maka daripada itu pandanglah sedalam-dalamnya tentang Maqam Fana kalau sudah berhasil makam Fana maka tercapailah maqam Baqa Demikianlah tentang Maqam Fana dan Maqam Baqa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar