Bekalan yang seterusnya adalah Zuhud iaitu tidak mencintai Dunia Rasulullah Saw berSabda Zuhudlah kamu terhadap Dunia Nescaya Allah akan mencintaimu dan janganlah kamu mencintai apa yang dimiliki Manusia Nescaya sekelian Manusia akan mencintaimu.
Mengutamakan Akhirat adalah bekalan yang bertepatan dengan firman Allah Swt yang bermaksud Dan sesiapa yang menghendaki Akhirat dan berusaha mengerjakan Amal yang baik untuk Akhirat dengan usaha yang layak baginya sedang ia beriman maka mereka yang demikian keadaannya diberi kebahagiaan akan Amal usahanya.
Demikianlah antara bekalan penting yang harus kita siapkan sebelum Allah Swt memanggil kita untuk menghadap-Nya Yakinlah bekalan inilah yang menolong kita memikul taklif kewajipan Syariat dalam kehidupan Dunia ini mudah-mudahan kita beroleh kebahagiaan Dunia Akhirat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar