BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Makrifatullah Ertinya MENGENAL ALLAH AZZA WAZALLA Jadi sebelum kita Mengenal Allah kenalilah DIRI Ini sesuai dengan Sabda Rasulullah Saw
MAN ARAFA NAFSAHU FAQAD AROFA ROBBAHU Ertinya Barang siapa Mengenal akan dirinya Nescaya Mengenal akan Allah
Perjalanan itu dimulai dari dalam Diri kita Sendiri perjalanan itu dimulakan dari dalam terus kedalam Akhirnya berserta Alam dengan keindahannya dan dengan keganjilannya hanyalah sebagai saksi pencari Diri Jadi sebelum kita Mengenal Allah maka kenalilah Diri sebelum kita Mengenal Diri lebih dahulu kenalilah Adam dan sebelum kenal kepada Adam kenalilah MUHAMMAD lebih dahulu Demikianlah orang yang hendak Mengenal Diri dan Mengenal akan Allah Azza Wazalla.
Baiklah kita mulakan dengan ayat yang berbunyi
INNALAHA KHOLAQO QOBLAL ASIA INNURI NABIYUKA Bahawasanya Allah Talala menjadikan dahulu daripada segala Asia itu ilah Nur Nabimu
Diriwayatkan oleh ZABIR beliau pernah juga bertanya kepada Nabi Allah Saw yaitu dijawab oleh Nabi.
AWWALUMA KHOLAQOL LAHU TAALA NURI NABIYIKA,YA ZABIR Mula-mula dijakan Allah Ta’ala daripada segala Asia itu ialah NUR NABI MU ya ZABIR
Maka nyatalah RUH NABI itu dijadikan dahulu daripada segala Asia itu dan lagi dijadikan ia daripda Zatnya jua tetapi sebelum Allah menjadikan NUR MUHAMMAD Allah telah mengatakan dalam kitabnya Al’quranul Qarim yang berbunyi Artinya Pertama Aku jadikan ILMU sebelum Aku jadikan NUR MUHAMMAD Maka nyatalah kepada kita bahawa NUR MUHAMMAD.
Maka nyatalah kepada kita bahwa NUR MUHAMMAD itu jadi daripada IlmuNya dan daripada KUDRAT DAN IRADATNYA jua seperti kata Guru Mursyid
INNALAHA KHOLAQOR RUHUN NABIYI MUHAMMADIN MINZATIHI WAKNOLAQOR RUHU ALIMU MINNURI MUHAMMAD SAW Bahawasanya Allah Ta’ala menjadikan Roh Nabi itu daripada Zatnya jua dan daripda ilmunya jua serta Qudrat dan Iradatnya Dan menjadikan Roh sekelian Alam ini daripada NUR MUHAMMAD Saw
Maka nyatalah kepada kita bahawa Roh sekelian Alam ini daripada NUR MUHAMMAD jua Dan segala Batang Tubuh kita ini nyata daripada Adam tetapi Nabi Adam itu dijadikan daripada Tanah seperti firman Allah Ta’ala dalam Al_Qur’an
KHOLAQOL INSANA MINTIN Ertinya Aku jadikan Insan Adam itu daripada Tanah dan Tanah itu jadi daripada Air dan Air itu jadi daripada Nur Muhammad Saw jua
Maka nyatalah kepada kita bahawa Roh kita dan Batang Tubuh kita ini jadi daripada Nur Muhammad maka wajarlah kita ini bernama Muhammad. Dan nyatalah bahawa kalau Roh kita dan Batang Tubuh kita ini daripada Nur Muhammad. Maka kita ini tiada lain dan tiada bukan pada Hakikatnya Nur Muhammad jua Dan kalau telah jelas dalam Hati Marifatkan Hakikat Nur Muhammad itu maka hendaklah Engkau mesrakan Nur Muhammad itu kepada Roh dan kepada Batang Tubuhmu dan kepada seluruh kainat Kalau sudah benar-benar mesra janji Allah pasti Engkau akan melihat keelokan Zat yang Wajibal Wujud Sekarang baiklah kita teruskan kepada membicarakan tentang Mengenal Diri iaitu sekelian nanti bab yang akan datang kita perdalam lagi menurut yang Semestinya Dan GURU MURSHID berkata
Yang sebenar-benar Diri itu ialah nyawa Yang sebenar-benarnya nyawa itu ialah Nur Muhammad. Dan yang sebenar-benarnya Nur Muhammad itu ialah Sifat Yang sebenar-benarnya Sifat itu ialah Zat Tetapi disini bukan Zat Hayun tapi Zat Hayat
Dan lagi kata Arif Billah
Bermula yang sebenar-benarnya Diri itu ialah Roh tatkala ia nasab sekelian tubuh nyawa namanya Tatkala keluar Masuk Nafas namanya Tatkala ia berkehendak Hati namanya Tatkala ia ingin akan sesuatu Nafsu namanya Tatkala ia memilih akan sesuatu Ihtiar namanya Taktkala ia dapat memperbuat akan sesuatu Akal namanya Dan tatkala ia yakin akan sesuatu Iman namanya.
Jadi pokok Akal itu adalah Ilmu Inilah yang disebut yang Sebenar-Benar Diri Tetapi janganlah terhenti kepada Roh itu saja teruskanlah kepada yang Hak kepada Allah Ta’ala Dan firman Allah Ta’ala dalam Al qur’an
ANA MINNURILAH WAL ALIMU MINNUR Ertinya Dari pada Cahaya Allah dan sekelian Ilmu daripada Cahaya Aku
Tetapi Nur disini bukan lah menurut fahaman umum yang berlaku ia bukan Zat bukan benda dan bukan Material tetapi diatas Segala-galanya janji Allah pasti kita akan bertemu juga dengan NUR Cemerlang itu Sekarang kita teruskan kepada firman Allah
KHOLAQTUKA LIADJLI WA KHOLAQTUL ASNI LIADJLIKA Ertinya Aku jadikan Engkau kerana Aku ya Muhammad dan Aku jadikan sekelian Alam itu keranamu ya Muhammad.
Jadi dengan adanya ini tadi, maka nyatalah kepada kita bahawa Nur Muhammad itu jadi daripada Nur Allah Jua atau yang lazim disebut Nur Zat atau Nur Ilahi Robbi Maka kalau demikan adanya wajarlah kita ini dengan Zat Allah Ta’ala sebab Zat itulah bermula Segala Ujud Tidak ada yang Ujud hanyalah Allah dan perbuatan Allah Maka ada lagi sebuah hadis Qudsyi berbunyi
AL INSANU SIRRI WAANA SIRRAHU Ertinya Insan itu Rahsia Aku dan Akupun Rahsia Allah
Dan lagi firman yang berbunyi
AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRI WASIFATIN WA SIFATUN LAGOIRIH Ertinya Insan itu Rahsia Aku Rahsia Aku itu Sifat Aku dan Sifat itu tiada lain daripada Aku jua.
Jadi yang Sebenar-benarnya Insan itu Manusia yang Sebenar-benarnya Manusia itu ialah Af’aal Allah Yang Sebenar-benarnya Af’aal Allah itu ialah Sifat Allah Yang Sebenar-benarnya Sifat Allah itu ialah Zat Allah Kerana Zat dan Sifat itu tiada menerima Tunggal dan Zat serta Sifat itu tiada sekutu dan tiada pula bercerai Dan barang siapa menyekutukan Zat dan Sifat atau menceraikannya maka tersebut dihukumkan Syirik Khafi Orang yang menceraikan itu berdosa Orang yang Syirik itu Syirik zali hidupnya penuh dosa yang tiada maaf baginya. Kerana orang yang seperti itu ia merasa bahawa Dirinya yang ada Sabda Rasulullah Saw didalam Al hadist yang berbunyi :
UJUDUKA ZAMBUN QIAASALAHU LIGOIRIH Ertinya Syirik Khafi itu adalah dosa besar
Jadi selama Ujud Adam masih melekat dalam Dirimu Nescaya tiada sampai semua Ibadatmu walau setinggi langit Jadi untuk melepaskan Syirik khafi itu keluarlah Engkau dari Diri Engkau Disini kita bicarakan sedikit tentang Diri kita yang sebenar-benarnya. Adapun Diri kita ini ada tiga bahgian
Pertama ialah Diri yang Sebenarnya Rahsia
Kedua ialah Diri terperi Muhammad
Ketiga ialah Diri terdiri Adam
Jadi yang pertama tadi ialah kembali kepada yang Hak Kedua ialah kembali kepada rasa Muhammad Ketiga ialah yang betah tinggal kepada rasa Adam semula Jadi dosa besar yang tiada Ampun kecuali kembali kepada yang Sebenarnya Sunyi Sepi Tanpa Huruf Tanpa Suara dengan kekosongan Diri Sejati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar