Ada pun Makrifat itu Rahsianya ialah Mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah oleh kerana itulah Makrifat dimulakan
1. Makrifat Diri yang Zahir.
2. Makrifat Diri yang Bathin.
3. Makrifat Allah
APA GUNA MAKRIFAT
Ada pun guna Makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu Mengenal yang Qadim dan Mengenal yang baharu sebagaimana kata
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Artinya: Awal Agama Mengenal Allah.
Maksudnya Mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu serta dapat Mengenal yang Qadim dan yang baharu
maka dapatlah membezakan diantara Allah dengan hamba.
BAITULLAH KALBU MUKMININ
Sesungguhnya Hati ini sewaktu bayi sehingga Aqil Baliq diibaratkan bunga
yang sedang menguntum tidak ada seekor ulat atau kumbang yang dapat menjelajahnya.
apabila dewasa Aqil Baliq maka Hati itu ibaratkan bunga yang sedang mengembang,maka masuklah Ulat dan Kumbang menjelajah bunga itu.
Sesungguhnya Amalan Makrifat dan Zikir yang dibaiah itu adalah untuk membersihkan Hati agar dapat menguntum semula seperti Hati kanak-kanak yang Suci-Bersih
Hati ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang tertutup rapat dan dijaga dengan baik sekiranya tutup itu tidak jaga dengan baik atau tutupnya sudah rosak maka masuklah semut hitam yang Sememangnya gula itu makanannya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar