Senin, 13 Desember 2021

PENJARA MAKRIFATULLAH

 

Ini adalah penjara yang paling kukuh Ilmu Allah dan Makrifatullah bukanlah Alam Maujud tetapi yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan hidangan yang terdapat di sini adalah Hakikat-Hakikat hal-hal dan Rahsia-Rahsia berkaitan ketuhanan itu sendiri


Jadi jika ditanya


Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh ilmu?


Pencapaian paling tinggi ilmu tentang Allah adalah Aku tidak tahu Allah tidak dapat difikirkan tidak dapat dibayangkan tidak satu pun yang menyerupainya


Jikalau telah sampai ke tahap ini ke tahap kebingungan-kebingungan ini maka tahulah bahawa telah sampai ke kemuncak yang dapat dicapai oleh Ilmu maka beralih pulalah kenderaan kepada Makrifatullah


Jika ditanya pula


Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh Makrifatullah?


Makrifatullah adalah berkaitan dengan Dzat Yang Maha Mutlak Jikalau ditanya kepada Makrifat apakah pencapaikan yang paling tinggi?


Makrifatullah akan menjawab pencapaian Aku yang paling tinggi adalah ke tahap Dzat Allah tetapi Aku tidak dapat Mengenali Dzat Allah


Dzat Allah tidak dapat dikenal oleh sesiapa pun termasuk para-para Nabi dan Wali-Wali Allah Makrifat berkata lagi Dzat Allah sekarang adalah sebagaimana Dzat Allah dahulu juga Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadapnya Bahkan bagi Dzat Allah tiada kini dan dahulu bagiNya.


Oleh itu yang telah sampai ke Makam Makrifatullah janganlah tinggal terpenjara di dalamnya keluarlah dari penjara Makrifatullah barulah boleh sampai ke Hadirat Allah Swt atau bertemu Allah Swt


Bagaimana boleh keluar dari penjara Makrifatullah?


Keluarlah dengan tajrid penganggalan atau pelepasan Pelepasan dari segala sesuatu termasuk Diri sendiri adalah syarat utama untuk sampai ke Hadirat Allah Swt atau bertemu dengan Allah Swt


Kamu perlulah melepaskan Ilmu pengetahuan Amal ibadah Kamu Makrifat kamu Sifat kamu nama kamu bahkan Segala-galanya.


Dengan demikian barulah kamu bertemu Allah Swt seorang Diri dan tanpa bekal tanpa apa-apa pun hanya dengan Kurnia Allah jua

Tidak ada komentar:

Posting Komentar