Senin, 13 Desember 2021

TAUBAT NASUHA

 


Pintu Taubat sentiasa terbuka kecuali setelah Roh berada di kerongkongan Sakaratul Maut Dan Taubat belum tertutup sebelum Mata Hari terbit dari barat Kiamat Sebagaimana Sabda Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam


Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum Rohnya berada di kerongkongan Sakaratul Maut maka Allah menerima Taubatnya


Sesiapa yang bertaubat sebelum Matahari terbit dari barat maka Allah menerima Taubatnya.


Segala hujjah berupa ayat-ayat al-Quran hadis-hadis Sahih dan penjelasan para ulama yang tertera di atas semuanya menunjukkan bahawa pintu dan peluang untuk bertaubat sentiasa dibuka luas oleh Allah kepada sekelian hamba-hambaNya.


Tidak ada perbuatan Durjana keji dan mungkar yang tidak diampunkan jika pelakunya bertaubat Nasuha oleh itu rebutlah peluang dan kesempatan ini sebelum menemui kematian yang menakutkan


Semoga semua penjelasan di atas dapat dicernakan di hati, difahami dan diamalkan. Dan akhir sekali, dengan penuh harapan kita bermohon kepada Allah Yang Maha Agung agar memberikan kepada kita kemudahan untuk memperbaiki amalan kita, menjauhkan kita dari maksiat dan menjadikan kita insan yang berkemampuan dan dimudahkan untuk beramal Soleh bertaubat Nasuha dan bertakwa Amin Ya Rabbal 'Alamin


Serulah ke jalan Allah Wahai Muhammad dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka yang Engkau serukan itu dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Allah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Allah jua yang lebih Mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk

Tidak ada komentar:

Posting Komentar