Di dalam bab-bab yang lalu kita telah banyak memperkatakan tentang apa yang dinamakan Guru Mursyid di mana seseorang yang hendak menuju ke jalan Makrifat kepada Allah Taala hendaklah berGuru kepada Guru-Guru Hakiki dan Makrifat lagi Mursyid Pengertian Hakiki dan Makrifat telahpun kita bincangkan bersama di dalam bab-bab yang lalu tetapi kita belum lagi menyentuh tentang bagaimanakah petua-petuanya untuk menentukan seseorang Guru itu Mursyid Adapun yang dinamakan Guru adalah seseorang Manusia Zahir atau Ghaib yang mengajar seseorang di dalam satu-satu Ilmu dan Guru ini akan menyampaikan petua-petua atau kaedah-kaedah tentang Ilmu tersebut. Dalam membincangkan Guru Hakiki dan Makrifat maka seseorang yang mengajar akan Muridnya akan memberi petua-petua cara-cara dan kaedah-kaedah mengikut pengalamannya dan jalan yang dipelajarinya kepada Anak Muridnya untuk diamalkan dikerjakan sehingga mencapai ke satu Martabat yang tinggi dl sisi Allah Swt dan juga di sisi Manusia Alam Sejagat
Adapun yang dinamakan Mursyid adalah suatu pengetahuan atau pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang yang menjadi Guru dan ianya benar-benar mengetahui di semua bidang Ilmu dan pengalamannya yang pernah diterokainya Sendiri tanpa diambil dari pendapat orang lain cerita orang lain atau daripada bahan-bahan bacaan yang kemudiannya ditafsirkan mengikut fikiran mereka sendiri tanpa bersandarkan kepada Laduni Biasanya Guru-Guru yang Mursyid adalah terdiri daripada seseorang yang tinggi Martabatnya di dalam Ilmu Hakiki dan Makrifat kerana semasa perguruannya dahulu seseorang yang menjadi guru ini telahpun mengalami sendiri pengalaman pengajaran Laduni yang kebanyakannya Ilmu Laduni ini membincangkan hal-hal Ilmu Ghaib yang jauh terkeluar daripada tahap pencapaian pemikiran Manusia Dengan lain perkataan Guru yang Mursyid bolehlah ditakrifkan secara Total iaitu seseorang yang mengajar Muridnya daripada hasil pengalaman Ilmu pengetahuan yang dialaminya Sendiri sama ada di Alam Hakiki mahupun di Alam Makrifat Dia tidak pernah meniru orang lain ia tidak pernah tertarik dengan cara orang lain tetapi ianya mewariskan Ilmunya mengikut pengalaman yang pernah dilaluinya semasa ia menjalani latihan Ilmu Hakiki dan Makrifat bersama Gurunya dahulu Guru-guru yang berpengalaman ini adalah terdiri daripada seorang Guru di Ijazahkan oleh Guru Asalnya untuk mengajar kepada bakal-bakal Muridnya yang baru maka perhubungan Mata rantai jalan Hakiki dan Makrifat itu tidak mungkin bersambung daripada Guru Asalnya sampailah kepada Titihan jalannya kepada Rasulullah Saw
Adalah tidak layak bagi seseorang yang mengajar Ilmu Hakiki dan Makrifat untuk mengajar orang lain tanpa mendapat keizinan Ijazah daripada Guru Asalnya Disamping Itu pengiktirafan Ijazah boleh juga diperoleh olah seseorang bakal menjadi Guru melalui Laduni di mana di dalam Laduni tersebut seseorang itu mendapat pengiktirafan untuk membolehkannya mengajar orang lain daripada salah seseorang atau keduanya sekali iaitu Nabi Khaidir As atau daripada Rasulullah.Saw Pengiktirafan Laduni ini kemudiannya hendaklah dipersembahkan kepada Guru Asalnya yang Zahir dan disahkan olehnya Dengan mendapat pengiktirafan untuk menyebarkan pelua-petua Ilmu ini maka seseorang itu bolehlah dianggap sebagai seorang Guru yang Mursyid Dalam pada itu bagi menentukan Guru-Guru Tarikat yang Mursyid maka adalah menjadi tanggung jawab seseorang yang bakal menjadi Murid supaya terlebih dahulu menyelidik akan Usul galur atau Titihan Tarikat itu terlebih dahulu dan tentukan jalan Tarikat tersebut benar-benar bermata rantai dan mempunyai
persambungan dari satu Guru ke satu Guru dari seorang Wali Allah ke satu Wali Allah yang lain sampailah kepada para Sahabat dan Rasulullah itu sendiri Perlu di ingatkan sekali lagi bahawa satu-satu Tarikat yang tidak mempunyai persambungan jalan dengan Rasulullah dan para sahabatnya maka jalan Tarikat itu adalah merupakan satu jenis Tarikat rekaan atau tiruan yang palsu serta tidak bermaya Kerana Tarikat semacam ini ianya tidak mempunyai saluran kepada Rasulullah maka jadilah jenis Tarikat tersebut itu sesat dan tidak berakar Umbi Maka jenis Tarikat sebegini bolehlah dinamakan Tarikat Iblis dan sudah tentu tujuan Mati Amal Asal seseorang bakal Murid itu untuk merapatkan Dirinya dengan Allah Swt akan menyimpang jauh jika ianya terjerumus ke lembah Tarikat tersebut Bagi Guru-Guru yang Murid akan mengajar Muridnya secara berperaturan daripada suatu peringkat ke suatu peringkat daripada satu Martabat ke satu Martabat
Di samping itu seseorang Guru Mursyid akan mengikuti perkembangan Ilmu Muridnya pada setiap masa dan dapat pula menerangkan Nur Tajalli Sir Sirusir dan Tawassul yang diterima oleh Muridnya melalui Laduni Diterangkan dengan jelas dari satu Aspek Ijtihadnya ke satu Ijtihad yang lain berpandukan pengalaman Ilmu Hakiki dan Makrifat yang dilalui dan dialaminya Sendiri semasa menjalani latihan dahulu bersama dengan Guru Asalnya yang juga merupakan seorang yang Mursyid Bermula Guru-Guru yang Mursyid bukannya boleh dilihat pada segi Zahir sahaja tentang kedudukannya jumlah Ilmu Syariatnya panjang serbannya Warak wataknya banyak Kitabnya jernih Air mukanya bertanda hitam di dahinya bersopan Santun orangnya dan sebagainya. Tetapi ianya hendaklah dipandang dalam segi perawakan Ilmunya Ini disebabkan banyak mereka yang Mursyid menyelubungi Ilmunya meRahsiakan Ilmunya Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui ia merupakan seorang Mursyid yang mempunyai Martabat yang tertinggi
Seperti kata Pujangga
Jangan Sekali-kali kamu menilik pakaian seseorang itu menandakan ianya terdiri daripada golongan orang-orang bijak pandai Alim lebai atau berketurunan baik-baik kerana walaupun memakai pakaian kain Sutera dan Intan berlian Sekalipun yang Kera itu Kera juga
Huraian Almarhum Tuan Guru Bapa Jasman huraian nya disanubari Aku sentiasa Hati Aku pilu Sehingga Amalan Aku tiada Wujud selain 0
Tidak ada komentar:
Posting Komentar