Senin, 13 Desember 2021

AMALAN SOLEH 02

 

JANGAN tinggalkan walau pun satu Amal Soleh meskipun kita rasakan ia kecil Gunakan peluang melakukan Amal kebaikan pada setiap masa biarpun hanya memberi senyuman kepada orang lain.


Jangan memandang rendah terhadap perkara-perkara yang kecil kerana ia Amat besar timbangannya di sisi Allah Swt walaupun hanya sekadar berwajah manis kepada Diri sendiri


Selain itu jika ada orang susah cuba ringankan tangan membantunya. Begitu juga jika ada orang sakit kita perlu ziarah dan memberi kata-kata Semangat kepadanya


Lakukan apa saja Amal Soleh tanpa memilih kerana kita semua tidak pernah mengetahui kadar pahala yang dijanjikan Allah Swt


Untuk melakukan Amal Soleh itu pada awalnya ia mesti dipaksa. Misalnya, Semoga mudah untuk kita bangun melaksanakan Amalan Soleh


Seandainya tidak dipaksa, mungkin sampai bila-bila pun kita mampu melakukannya. Sama juga halnya dengan memuja Diri sendiri jika kita tidak paksa atau membuat jadual untuk menjadikannya rutin harian sudah pasti untuk membaca sebaris ayat sekalipun tidak mampu dilakukan.


Semua itu terjadi kerana Syaitan akan sentiasa memasukkan angan-angan sehingga seseorang itu bertangguh. Ia sudah cukup untuk melemahkan Manusia, seterusnya meninggalkan Amal Soleh berkenaan.


Orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Allah sesungguhnya Allah akan memimpin ke jalan-jalan Allah yang menjadikan bergembira serta beroleh keredaan dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki Amalan Allah


Sementara itu, jika ada Ahli keluarga yang sudah Meninggal Dunia terdapat beberapa Amal Soleh yang boleh dilaksanakan Diri sendiri.


Antaranya, memperbanyakkan beristighfar memohon supaya Allah Swt mengampuni serta merahmati mereka. Sebagaimana kita melaksanakan Amalan Soleh maka itulah yang kita semua mohon daripada Allah Swt


Allah akan meninggikan darjat seorang hamba Soleh Orang itu bertanya kepada Allah Swt bagaimana Segalanya itu diperolehnya. Lalu Allah Swt menyatakan, semua itu kerana istighfar daripada Diri Sendiri atau Diri Sejati

Tidak ada komentar:

Posting Komentar