Pada kebiasaannya ada dua jalan yang dilalui Salik untuk kembali ke kampung Akhirat dan bertemu dengan Penciptanya yang dikasihi
Jalan yang pertama adalah yang berpandukan Hadis berikut
Man Arafa Nafsahu Faqad `Arafa Rabbahu
Siapa yang Mengenal Dirinya makan ia akan Mengenal Allah
Jalan yang kedua adalah yang berpandukan kata-kata ini
Man `Arafa Rabbahu Faqad `Arafa Nafsahu
Siapa yang Mengenal Allah maka ia akan Mengenal Dirinya.
Mari kita lihat antara dua jalan ini satu persatu, kita mulai dengan
Jalan Pertama
Jalan ini biasanya dilakukan oleh para pencari Murni mereka belum memiliki panduan tentang Allah dengan jelas Dia hanya berfikir dari yang sangat sederhana iaitu ketika ia melihat sebuah Alam tergelar, muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya atau ada yang berkuasa dibalik Alam ini mustahil Alam ini ada begitu saja dan Alam merupakan jejak-jejak penciptanya Dengan falsafah inilah orang Akhirnya menemukan kesimpulan bahawa Allah itu ada.
Sebahgian Ahli Sufi menggunakan pendekatan falsafah ini dalam mencari Allah iaitu tahap Mengenal Diri dari segi wilayah-wilayah Alam pada Dirinya, misalnya Mengenali Hatinya dan suasananya fikiran perasaannya dan lain-lain sehingga dia boleh membezakan dari mana ilham itu muncul apakah dari fikirannya, dari perasaannya, atau dari luar Dirinya.
Akan tetapi penggunaan jalur seperti ini sering kali membuat orang mudah tersesat kerana pada tahap-tahap wilayah ini Manusia sering terjebak pada keghaiban yang dia lihat dalam perjalanannya yang kadang-kadang membuat Hatinya tertarik dan berhenti sampai di sini kerana kalau tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada Allah pastilah orang itu menghentikan perjalanannya Kerana di sana dia boleh melihat fenomena dan keajaiban Alam-Alam dan mampu melihat dengan Kasyaf apa yang tersembunyi pada Alam ini, Akhirnya mudah muncul keakuannya bahawa Dirinyalah yang paling hebat akan tetapi jika dia kuat terhadap Allah adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai tujuannya iaitu Allah.
Analisis yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana dalam pencariannya ia telusuri jejak atau tanda-tanda yang ditinggalkannya melalui ciptaan dan Alam Ibarat seseorang mencari kuda yang hilang yang pertama di telusuri adalah jejak tanda kaki kuda kemudian memperhatikan suara kuda dan akhirnya di temukan kandang kuda dan yang terakhir dia menemukan Wujud kuda yang sebenarnya Hal ini sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari Allah kerana terlalu lama di dalam Alam-Alam yang akan di laluinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar