Senin, 13 Desember 2021

LAISA KAMISLIHI

 

Ada pun badan Ruhani itu ialah Allah dan Allah itu jangan dicari lagi kerana Allah Ta’ala sudah menjadi Segala Nyawa jangan Engkau cari lagi kerana Allah Ta’ala itu LAISA KAMISLlHI.


Engkau itu adalah Rahsia Aku maka Rahsia itulah yang menuju kepada Aku sehingga Engkau itu adalah pendengaran Aku dan penglihatan Aku dan kesemuanya itu terhimpun di dalam Rahsia Aku mahupun di dalam atau di luar Sehingga Engkau

Fana Ul Fana dan tiada mempunyai daya upaya sehingga Batin Engkau itulah yang dikatakan Allah Ta’ala Jikalau Engkau hilangkan tubuh menjadi Nur sehingga tubuh Engkau menjadi Ruh maka hilangkan tubuh Engkau itu menjadi titik maka titik itulah yang disebut Kaca Putih, yaitulah Asal-Asalnya kejadian Alif maka Alif itulah bergerak di dalam laut Rahsia itulah yang disebut Hayat maka hiduplah dan bergeraklah tubuhnya itulah yang dinamakan Sifat Allah yang ada di dalam tubuh Engkau itu

itulah namanya itulah Dirinya Maka Akulah yang Laisa dan jangan dicari lagi Itulah yang disebut sudah menjadi Nyawa Kalau Engkau Kosongkan maka yang berbunyi Aku itu Wujud Aku kalau Engkau keluarkan maka berbunyi Rahsia Maka kalau Engkau naikkan Nafas Engkau maka berbunyi Wujud Idafi. Nafas itu adalah Rahsia antara turun naik itulah yang berkata AKU ADALAH ENGKAU dan ENGKAU ADALAH AKU Disitulah Engkau di dalam Diri Allah naik berbunyi Wujud Aku dan turun berbunyi Zat Aku disitulah Engkau Mengetahui atau yang berkata disebut Rahsia di dalam Rahsia maka hilanglah Rahsia itu yang ada hanyalah Wujud Aku Disitulah Engkau Mi’raj, pertemuan dalam Hadirat Aku dan apabila Engkau turun maka Wajiblah Engkau mengerjakan perintah Aku sehingga Engkau cinta kepada Aku dan Engkau jauhilah segala yang Aku haramkan Engkau lihatlah Syahadah disitulah Engkau menyempurnakan Segala-galanya berpeganglah kepada Allah kerana jikalau tidak maka Engkau itu adalah sesat maka selalulah Engkau Wajib mengerjakan perintah Allah


Syahadah itu adalah tubuh Engkau Alhamdu itu Aku dengan Engkau Ingat itu adalah Rahsia Aku Kepada Engkau


Jikalau Engkau tiada berpegang pada yang diajarkan Nabi kita itu maka Engkau Sesat lagi Kafir Oleh sebab itu Wajiblah Engkau mengerjakan perintah Allah dan taat kepada Allah dan hendaklah Engkau Khauf dan Cinta dan jangan Engkau lupa setiap saat Jikalau Engkau lupa maka Aku lebih jauh dan kalau Engkau dekat maka Aku lebih hampir dan kalau Engkau hampir maka Akulah Dirimu dan Diriku adalah LAISA KAMISLIHI disitulah Engkau Zauk.


Marilah kita bersama-sama memperbanyak Amalan sehingga terbukalah bagi Engkau satu dinding Rahsia atau hijab yang dikatakan NUR ALA NUREN Maka Nur itu tajallilah kepada Dirinya sehingga Engkau Ghaib maka Engkau adalah di dalam WUJUD–HAQ. Kita sebut kalimah Zikir LA ILAHA ILLA ALLAH satu nafas itulah yang disebut KALAMULLAH Jikalau Engkau naikkan Nafas Engkau itu Aku atau HU maka itulah yang dinamakan Wujud Aku yang Laisa ialah yang tiada Huruf dan tiada Suara Sunyi Sepi Jikalau Engkau Zahirkan suara Engkau itu maka zahirlah Sifat Aku Jikalau tiada Engkau Zahirkan maka Engkau Ghaib di dalam Wujud Idafi Wujud itu Laisa Idafi itu Suci Murni dan bersih Itulah yang disebut Nur dan itulah yang dinamakan Ahmad dan juga adalah dinamakan Nur Zat Maka Zat itulah yang disebut Engkau barulah itu dikatakan

Fana’ UI Fana’ atau yang disebut karam dan Engkau itu sampailah sudah kepada

Baqa UI Saqa Disitulah Engkau melalui segala-galannya yang disebut NUR ALA NUREN atau Ghaib dengan Ghaib sampai Hak kepada Hak

Tidak ada komentar:

Posting Komentar