Senin, 13 Desember 2021

HAKIKAT SEJATI

 

Menyentuh tentang ketuhanan kesedapan beramal dan kemanisan serta kelazatan dalam Amal ibarat nasi yang berlauk bukan makan nasi Semata-mata. Apakah di hari ini kita sudah mendapat kemanisan dan kelazatan dalam beramal dan apakah yang sebenarnya yang dikatakan kemanisan dan kelazatan Oleh sebab itulah menjadi kewajipan kepada kita untuk mencari dan mengetahui Segalanya supaya boleh mengetahui dan menghayati kemanisan dan kelazatan dalam beramal.


Setengah-setengah pendapat mengatakan tidak Solat tidak boleh duduk gelisah dan sebagainya itu yang dikatakan mereka sebagai kemanisan dan kelazatan. Jikalau setakat itu ia masih lagi di peringkat ketagih seperti orang ketagih rokok tidak merokok tidak boleh duduk gelisah dan sebagainya, yang itu bukan lagi kemanisan dan kelazatan namanya.


Yang dimaksudkan kemanisan dan kelazatan itu tidak ada siapa yang boleh menghuraikannya, hanya Diri Sendiri atau mereka yang biasa menempuhinya atau menikmatinya sahaja yang tahu.


Dengan cara ini baharulah kita akan mengetahui Amalan kita itu diterima atau tidak Untuk mencapai ke tahap ini ialah dengan jalan MAKRIFATULLAH iaitu Mengenal akan Allah dengan Sebenar-Benar pengenalan.


Jikalau kita tidak Makrifat akan Allah, sudah pasti sama sekali kita tidak dapat melepaskan Diri dari Mensyirikkan Allah Syirik ialah satu-satunya dosa yang tidak akan dapat keampunan, dosa-dosa lain Allah Ampun tetapi bagi dosa Syirik tidak sama sekali.


Tanpa Makrifat, Amal ibadat tidak Sempurna dan tidak akan telepas dari Syirik. Tidak Makrifat Ertinya tidak kenal, maka apabila tidak kenal bagaimana hendak cinta, sedangkan pepatah ada berkata tak kenal maka tak cinta Kita kata kita cinta pada Allah, teetapi setakat mana kita cinta kepada Allah Sedangkan kita tidak kenal Allah.


Apakah cinta kita kepada Allah setakat lima waktu sehari semalam sahaja Entah-entah dalam lima waktu itu pun kita tidak dapat ingat kepada Allah sebab tidak Mengenal akan Allah. Solat maksudnya ingat, Allah ingat kepada kita dua puluh Empat jam sehari semalam, buktinya Nafas kita yang turun naik tidak putus-putus dua puluh Empat jam, kita ingat kepada Allah setakat lima waktu sahaja, lebih kurang lima puluh minit atau pun sejam, itu pun mungkin cacat kerana tidak Makrifat.


Kata orang-orang Hakikat, orang yang ulang alik pergi surau Solat lima waktu kerana perintah Allah itu jahat, sebab kerana perintah, tetapi jikalau tidak kerana diperintah mungkin tidak dibuatnya, itu yang dikatakan jahat. Orang yang baik, ialah orang yang sentiasa ingat kepada Allah sentiasa, setiap waktu, setiap ketika sama ada dalam Solat atau di luar Solat.


.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar