Minggu, 05 Desember 2021

IHSAN

 


Bagi Orang yang Sempurna imannya konsep Ibadat merangkumi Ibadat ritual dan Ibadat umum termasuk pekerjaan Untuk menyeru kemakrufan menolak kemungkaran dan Mencari rezeki seharian Makhluk lain yang dicipta Allah pula menyembah dan beribadat kepada Allah Swt Dengan cara masing-masing


Kegalauan dalam hidup Insan serta pemusnahan Alam yang dilakukannya adalah hasil daripada peribadatan yang tidak Sempurna Manusia Mungkin dilihat Sebagai melakukan ritual Ibadah Secara Zahir Tetapi jiwanya Rosak dan Gersang Lihat saja Bagaimana Orang yang kelihatan bersembahyang tetapi tidak segan silu berbohong dan pecah Amanah


Mustahil bagi Orang yang tidak menjaga Tatasusila pekerjaan dapat berprestasi Dengan baik serta menyuburkan jiwanya Hanya Dengan memuja Allah Secara Zahir Inilah kepura-puraan dalam Ubudiah atau pengabdian yang sarat dengan kemunafikan


Pelaksanaan Ibadat Seorang individu seolah-olah ia dilihat oleh Allah Swt adalah satu Kesedaran dalam Diri penyembah Allah yang tinggi keihsanannya Maqam Ihsan inilah yang tertinggi dalam kehidupan jika dibandingkan dengan penghayatan Rukun Islam dan Rukun Iman


Tanpa kedua-dua Rukun Asas Islam dan Iman itu Maqam Ihsan tidak akan tercapai Tanpa menuruti Syariah Muhammad Saw Ibadat yang Sempurna tidak akan tercapai


Si Hamba yang melaksanakan apa saja kerja dengan kesedaran ia dilihat Allah Maha Esa yang mencipta sekalian Alam dan kejadian adalah Hamba yang hidup Dalam jagaan Allah Swt Jika Hamba membuat kesilapan kerana ia adalah Insan yang lemah ia cepat dipimpin Kembali Oleh Allah ALLAH Ar-Rasyid


Seorang muhsin yang berada di Maqam Ihsan ialah Orang yang menjadi Manusia yang Amat rapat dengan Allah Bila dibangkitkan di Akhirat nanti Semuanya akan terpaksa berhadapan dengan Allah dan rekod kehidupan Mereka akan dibuka sepenuhnya Amat Menggerunkan


Tidak ada komentar:

Posting Komentar