Tidak kira Siapa pun kita setiap Hari kita pasti diuji Namun usah bimbang kerana Allah Swt mendedahkan Rahsia ketenangan
Allah Maha Tahu apa yang hamba-Nya perlukan dalam kehidupan
Firman Allah yang bermaksud Orang-Orang yang beriman dan Hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah Ingatlah hanya dengan mengingati Allah Hati menjadi tenteram
Bagaimana cara kita menghadapi waktu sukar setelah mengetahui Rahsia ketenangan itu Adakah kita percaya dan mengamalkan Rahsia hebat itu Kita boleh memilih cara berfikir Positif saat diuji
Sehubungan itu kita perlu Sentiasa memikirkan Cara untuk melawan Segala perasaan sedih kecewa dan berputus Asa supaya Sentiasa Tenang dan bersemangat
Berzikir akan mewujudkan keimanan dalam Diri Seperti yang ditegaskan dalam Ayat di atas Orang yang beriman Hati mereka menjadi tenteram dengan Mengingati Allah
Iman bermaksud meyakini Allah Swt mencintai dan mengambil berat Mereka yang beriman juga percaya setiap kesusahan dan Ujian yang dialami datangnya daripada Allah Swt
Allah Swt menimpakan kesusahan dan Ujian buat hamba-Nya untuk meningkatkan lagi keimanan dan kualiti kehidupan hamba-Nya.
Setiap Dugaan yang dihadapi mungkin sukar tetapi Allah Swt turut menyediakan jalan keluar untuk setiap kesusahan
Setelah berusaha kita hanya perlu menyerahkan Segala-galanya kepada Allah Swt
Beriman juga adalah pembelajaran Tanpa Had Mungkin kita sudah diajar dengan keimanan, tetapi apabila berdepan Masaalah kita masih tidak dapat menghadapinya dengan Hati terbuka
Kita juga mungkin menganggap Diri sudah beriman tetapi masih berkeluh-kesah bersangka Buruk dan menyalahkan takdir apabila ditimpa Ujian
Apabila dilanda Ujian Diri menjadi takut dan panik Maka Kembalilah Dengan cara berzikir berdoa serta mendirikan Solat.
Allah Swt Sentiasa menjaga dan merawat sehingga kehidupan kita Semakin baik hari Demi hari
Keyakinan itu akan meneguhkan keimanan dalam Diri serta membuang kegelisahan terhadap masa hadapan dan membentuk ketenangan Dalam Hati
Doa juga dapat membuatkan kita Sentiasa mengingati Allah Swt Fikirkan satu doa paling kita ingat dan ucapkanlah doa itu
Renungkan bagaimana kita mengingati Allah Swt dalam surah Al-Fatihah iaitu doa paling banyak dibaca
Tujuan doa dan Solat yang kita kerjakan setiap Hari adalah untuk Sentiasa Mengingati Allah Swt
Namun Solat yang tidak khusyuk tetap tidak akan menambah keimanan dan mendatangkan ketenangan
Ini Kerana sistem saraf jantyung dan Semua bahagian Tubuh bertindak balas terhadap apa yang kita fikirkan
Keresahan dalam benak fikiran akan mewujudkan tekanan dan menjejaskan kesihatan
Mengingati Allah Swt Secara sedar membantu mengubah Diri Sekiranya kita melakukannya secara konsisten kita akan Sentiasa merasa dilindungi dan dikasihi
Pada Akhirnya ia mewujudkan kedamaian dan ketenangan yang dapat membantu mengawal tekanan dan keresahan
Perkara itu juga memberi keyakinan Dalam Diri bahawa apapun yang berlaku pasti terkandung Hikmah dan kita akan memperoleh kebaikan pada Akhirnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar