Senin, 13 Desember 2021

IKHLAS

 


Al Ahad bermaksud Yang Maha ESA... Asma Allah yg menyatakan Diri-Nya hak ESA yakni kesemuanya adalah milik Allah dicipta ditadbir diurus dimiliki hanya olih Diri-Nya tanpa sekutu apapun. La Maujud illaLLah... Semua yg dicipta diurus oleh Diri Dzat dengan penyataan takluq sifatNya yang diberi nama oleh Diri Dzat dengan AsmaNya agar dikenali Dengan perintah KUN FA YAKUN setiap sesuatu dicipta setiap saat dan kita ciptaanNya yang tercipta setiap saat adalah Makhluk baru

baru dan baru Kalau begitu maka untuk murni menjadi hamba maka tanamlah wujudmu dalam bumi yang tersembunyi agar tidak dikenali dan merasa ada diri kerana sesuatu yang tumbuh dari benih yang tidak ditanam maka buahnya tidak akan sempurna kerana mengaku Wujud Ada dan mengaku berdiri dengan sifat dari dirimu sedangkan Engkau didirikan dan disifati bukan menyifati. Kerana Dia adalah As Shomad penyataan Asma bagi menunjukkan bahawa kesemua yang dicipta bergantung secara total hanya kepada Diri-Nya tanpa sekutu dan Dia Qiamuhubinafsih yakni tiada bergantung dan berkehendak kepada sesiapapun dalam mencipta dan mentadbir setiap sesuatu hatta dalam setiap gerak dan diam apapun dialam jagat raya ini. Makhluk dan kita qiamuhubilLah berdiri dengan Allah Kalau sudah bertauhid Hakiki maka baru layak Allah tajallikan Sifat-Nya Al ikhlas dan kita takkan berani lagi mengaku Aku ikhlas Aku Mukmin dan lain lain Kerana rasa kita dianugerah nikmat setiap saat yang semuanya dari DiriNya dan kita disuruh menyaksi dan mengucapkan Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akbar Laillahaillallah Tanamkanlah Wujudmu dan Sifat mu dibumi Kerana tidak menanam dirimu dalam ketiadaan Hakikat dan mengaku berdiri dengan Hakikat Diri Engkaulah Allah yang wajib dinafikan terus menerus dln kalimah Nafi dan itsbat Sedangkan semua Aku dia kamu kami Engkau Hakikatnya tetap AKU AKU adalah ALLAH tiada Tuhan selain AKU... maka sembahlah AKU Tanamkan dirimu tanam eluk dan dalam jangan tumbuh kecuali Dari Dengan Diri-Nya agar sempurna. Memahami Hakikat surah Al Ikhlas sudah cukup untuk Mengenal akan Tuhanmu AKU adalah ALLAH tiada Tuhan selain AKUbmaka sembahlah AKU Sesungguhnya Akulah Allah tiada tuhan melainkan Aku oleh itu sembahlah akan Daku dan Dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.


Sesungguhnya Akulah Allah tiada tuhan melainkan Aku oleh itu sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku

Tidak ada komentar:

Posting Komentar