Ada berbagai kaedah untuk Mengenal Diri dari berbagai Aliran namun mengikut kaedah Alam Diri anda perlu untuk dimandikan sebanyak tujuh kali pada malam jumaat iaitu selama tujuh minggu dinamakan sebagai mandi tujuh dan akan dikhatamkan setelah itu. Kelihatannya masa yang diambil untuk belajar terlalu singkat tetapi Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak untuk Anda memahaminya kerana hanya Allah yang dapat memberi faham
Antara tujuan menyucikan Diri sebanyak tujuh kali itu adalah untuk memahami dan meningkatkan Darjat setingkat demi setingkat akan tujuh tingkatan Nafsu iaitu
Nafsu Ammarah Jahat
Nafsu Lawwamah Mencela
Nafsu Mulhamah Ilham
Nafsu Mutmainnah Tenang
Nafsu Radhiah Redha
Nafsu Mardhiah Meredhai
Nafsu Kamilah Sempurna
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk Mandi Tujuh
Minyak attar kasturi
Limau nipis atau limau purut
Bunga kenanga atau bunga Cempaka putih
Sedikit serbuk kemenyan dicampurkan dalam Air mandian
Apa yang akan anda dapat setelah khatam ?
Dapat mengingat Mentauhid dan mengEsakan Allah setiap masa dan ketika
Terhindar dari Syirik jali dan Syirik khafi
Akan bertemu dengan Guru Mursyid di dalam Diri
Dapat merawat Diri Sendiri keluarga, Sahabat dan orang yang memerlukan
Dapat mengunci Diri dari sebarang gangguan jin dan dengki khianat Manusia
Urusan kehidupan seharian akan lebih mudah atas kehendak Allah
Akan terus dibimbing tentang kaedah rawatan dari masa ke semasa
Apa yang tersenarai ini hanyalah sebahagian cerita secara umum sahaja setelah mengalami sendiri barulah anda akan tahu dengan lebih lengkap kerana ianya adalah suatu RASA yang sukar untuk diceritakan dan digambarkan. Seumpama bagaimana Anda hendak menceritakan yang Anda sedang memakai baju berwarna hijau kepada orang yang cacat pengelihatan sejak dilahirkan Hanya yang sudah mengalami akan dapat merasainya
LA YA ZUK, WALA YA ARIF
Hanya yang menikmati sahaja yang tahu rasanya.
ANA SIRRI WA ANA SIRRUHU
Maksudnya: Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku.
LAA MAUJUD BIHAQQI ILLALLAH
Tiada yang wujud Hakiki selain Allah
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka Bumi ini Nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah mengira-ngira saja Sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan Allah dan Dia lebih mengetahui tentang orang orang yang mendapat petunjuk.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar