Kebanyakkan Manusia pada hari ini menganggap bahawa Hidup itu hanyalah makan bergerak mencari kemewahan bekerja dan lain lain lagi mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda Mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya Tetapi benda Mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini Sedangkan semua tahu bila mati kelak jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad
Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil DIRI sebenar DIRI dan menghidupkan jasad kita ini Tapi pernah kah kita terfikir tentang DIRI itu atau cuba mencari dan Mengenal nya
Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana DIRI itu, dimana letaknya DIRI itu, terdiri dari apakah DIRI itu, dan kemanakah perginya DIRI itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan DIRI meninggalkan jasad dan yang penting sekali bolehkah kita Mengenal DIRI Sebenar DIRI kita itu.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRI NESCAYA KENAL LAH IA AKAN ALLAH
Benarkah bila kita Mengenal DIRI maka kita akan Mengenal Allah
Kita Semua tahu bahawa Ujud nya Roh Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini Kerana Semasa Allah bertanya kepada sekelian Roh siapa kah Allah kamu dengan Sepontan sekelian Roh menjawab bahkan yang membawa makna mereka telah pun Mengenal Allah yang Esa.
Kisah Roh memasukki Jasad Adam
Setelah Jasad Adam terbaring maka Allah telah memerintahkan Roh memasukki ke Jasad Adam tetapi Sebelum itu Roh telah bertanya dimanakah harus Aku masukki ya ALLAH dan ALLAH pun menjawab masuk lah mana mana yang kamu senangi Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung
Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan maka barulah bermulanya kehidupan kepada Jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada Jasad dan Mati pada Jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai Ajal nya
Jasad kasar kita ini terdiri dari Dua yaitu
1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini ia nya di hidupkan oleh Roh yang berada di dalam Jasad Roh memasukki Jasad semasa kita 100 hari dalam rahim Ibu kita Aku tiupkan sebagian dari Roh ku kata firman Allah Sejak itu lah kita hidup di dalam Rahim Ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah Akhir Hayat
2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah Roh yang datangnya diciptakan dari Allah yang memasuki Jasad dan terus hidup tugas Roh ialah menghidupkan Jasad tetapi Sayang nya Jasad tidak langsung terfikir bahawa Roh lah yang hidup Sebenar benar hidup dan menghidupkan Jasad yang bila mana Roh meninggalkan nya maka matilah dia di panggil Orang dan di tanam atau di bakar
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi siapakan yang berkepentingan disini tentunya Jasad kerana tanpa Roh maka Jasad tidak bermaana langsung
Jasad perlukan Roh untuk hidup tapi kenapa Roh tidak dipedulikan Semasa Hidup nya
Perlukah Roh di kenali
Sebelum mengenal Roh haruslah kita Mengenal DIRI
BARANG SIAPA MENGENAL DIRI MAKA KENALLAH DIA AKAN ALLAH
APA KAH DIRI ITU
Untuk pengetahuan Semua bahawa DIRI itu mendatang kemudian setelah Roh memasukki Jasad bagaimana ini berlaku
Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan Cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya ini telah menyebabkan Ujudnya Diri yang berupa saperti Jasad nya memenuhi ruang dalaman Jasad nya
Maka ujudlah Diri Sebenar Diri dan DIRI ini lah yang harus di kenal.
Kenal lah Diri maka Kenal Allah
BAGAIMANA MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk Mengenal DIRI ini bergantung kepada perguruan dan kaedah Guru Guru mengajar kepada Murid Murid nya Semua perguruan ini betul dan cara apa Sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk Mengenal DIRI Sebenar DIRI
Untuk Mengenal DIRI ini ada Tiga cara
Terbuka dengan Sendiri nya
Ushakan Sendiri untuk membukanya
Dibuka oleh Guru
Guru Guru yang berpengalaman
Apakah yang di maksudkan dibuka
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran Cahaya DIRI itu hingga keluar dari Jasad dan terpancarlah Cahaya DIRI itu keluar dari Jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari Ilmu ini
Ini lah Rahsia hidup kita dan DIRI ini lah yang menghidupkan Jasad selagi ada Hayatnya di Dunia ini DIRI ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita kerana ia mengandungi banyak Rahsia dan serba guna di Dunia dan Akhirat
Kenal kah DIRI tadi kepada Allah Sudah tentu kerana dia datang dari sana dari MAHA pencipta dan MAHA Besar
Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat Mengenal DIRI kita yang Sebenar benar DIRI ini kita harus belajar dari DIRI ini
Dia Mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA Mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA Bijaksana
Dia lah Sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam dan kehidupan Dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulan nya kenalilah DIRI kita ini yang dia lah Sebenar Benar DIRI dan kemukakan lah dia dalam Segala Urusan kita di Dunia ini Sementara menunggu hari yang kekal Abadi kerana dia kekal kerana di kekalkan
Ilmu Mengenal DIRI ialah satu Ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh Semua Orang kerana tiap tiap Manusia membawanya di dalam Jasad Kasar mereka harus kah penghidup Jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa Mengenali dan merasakan nya hanya Semasa Maut hampir datang menjemput baru kita Sedar yang dia akan Meninggalkan kita
Tidak ada komentar:
Posting Komentar