Setiap kali bertambahnya kelahiran baru maka setiap ketika itu ada pula yang dipanggil pulang menghadap Allah Swt Ya setiap Manusia yang lahir akan menemui Ajal kematiannya
Bila dan di mana Kita tidak tahu
Sesungguhnya keyakinan kita terhadap kematian yang pasti dan entah bila ini menjadikan kita belum tentu yakin akan bertemu dengan Fakar pada keesokan Hari
Perjalan Menuju Allah Swt
Hidup ini adalah perjalanan pulang menuju Allah Swt Sesungguhnya setiap pertambahan umur dan detik waktu yang kita lalui hakikatnya mendekatkan kita kepada kematian
Namun kematian bukanlah penutup kepada kehidupan Bahkan ia adalah permulaan kepada kehidupan yang baru Di saat itulah pertemuan kita dengan Allah Swt
Apakah yang akan kita persembahkan di hadapan Allah Swt kelak Sudah tentu kita ingin berhadapan dengan Allah Swt dengan Hati yang Hidup Sihat Sejahtera dan Sentiasa basah Mengingati-Nya ketika di Dunia dahulu
Firman Allah SWT yang bermaksud
Pada hari harta dan anak-anak tidak lagi berguna kecuali Orang yang datang menghadap Allah dengan Hati yang Sejahtera
Bekal Perjalanan Menuju Allah Swt
Mari kita bermusahabah dan koreksi diri Sekiranya inilah hari terakhir kehidupan kita di Dunia adakah kita bersedia Hati yang bagaimanakah yang ingin kita bawa bertemu Allah Swt
Firman Allah SWT yang bermaksud
Dan hendaklah tiap-tiap Diri melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas daripada amalan-amalannya untuk Hari Esok Akhirat
Inilah yang perlu kita lihat dalam meneliti perjalanan kehidupan menuju Allah Swt Kita perlu Sentiasa melihat menilai mempersiapkan Diri dan berbekal dengan bekal Takwa
Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:
Berbekalkanlah kamu dan sebaik-baik bekal adalah Takwa
Bekal inilah yang ingin kita bawa bertemu Allah Swt iaitu Hati yang mempunyai Takwa Hati yang Sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dalam Setiap tindakan Amalan dan perilakunya setiap masa dan ketika Semuanya perkara dinilai daripada Kaca Mata keimanan kepada Allah Swt
Perjalanan Hati Atau Perjalanan Kaki
Apakah Sebenarnya yang dimaksudkan dengan perjalanan menuju Allah Swt seorang Guru Mursyid yang warak lagi soleh ada menyebut
Jalan menuju Allah bukanlah jauhnya perjalanan kaki namun ia adalah perjalanan Hati
Sebab itulah dikatakan bahawa Hati adalah Sasaran kepada Tarbiah Daripada Hati yang diproses inilah akhirnya melahirkan Muslim yang bertakwa
Maka Segalanya bertitik mula dari Hati Jika Hatinya bersih Suci dan dilimpahi Cahaya Iman maka ketenangan itu akan Hadir dalam hidupnya
Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup juga mudah dirasai kerana perjalanannya yang panjang dan matlamatnya yang besar menuju Akhirat serta bertemu Allah Swt dilalui dengan dada yang lapang dan luas Hatinya tidak mudah rasa sempit dan sesak Nafas dengan Dunia yang bersifat Sementara serta penuh tipu daya
Bahkan Dunia yang ditangannya Sekadar Medan bercucuk tanam hinggalah dapat menuai hasilnya di Akhirat kelak
Hati Yang Hidup Sihat Dan Sejahtera
Ketahuilah bahawa pentingnya memiliki Hati yang Hidup Sihat dan Sejahtera Ini kerana Hati seperti ini akan Sentiasa berada dalam Zon Allah Swt Kehidupannya dipenuhi dengan Segala bentuk Amalan yang membawanya mengingati Allah Swt dan hidupnya begitu Asyik dengan perbuatan yang baik
Samudera Dalam dari Zuhud dan Budi Pekerti Luhur terdapat beberapa tanda dan ciri-ciri seseorang itu memiliki Hati yang Sejahtera Antaranya ialah
Hati yang mencintai Allah Swt
Mendorong Orang melakukan kebaikan
Hati yang tidak jemu beribadah Walau pun Jasmani keletihan
Merindui untuk berkhidmat kepada Allah Swt
Merasai Nikmat dalam beribadah
Bersegera melakukan kebaikan dengan lapang Dada
Sentiasa berzikir dengan wirid-wirid Al-Ma’thur
Cita-citanya hanya satu iaitu memperolehi redha Allah Swt
Tenteram dengan mengingati Allah Swt dalam apa jua keadaaan
Kebahagiaan Hati Kebahagiaan Akhirat
Kebahagiaan Akhirat bergantung kepada kebahagiaan Hati Kesengsaraan Dunia dan Akhirat juga bergantung kepada kerosakan Hati
Lantaran itu penelitian kepada Hati sangat-sangat penting dalam setiap hembusan Nafas seorang Mukmin Manakala kesungguhan Sifat istiqamah yang tinggi terhadap penyucian Diri kepada Allah Swt memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka untuk memimpin Umat Manusia dalam usaha menegakkan Syiar Islam di Dunia
Oleh yang demikian marilah sama-sama kita menitik beratkan soal kejernihan Hati kita yang Wajib dilaksanakan setiap hari Mudah-mudahan dengan hal ini kita meraih Darjat kemuliaan di sisi Allah Swt
Tidak ada komentar:
Posting Komentar