Minggu, 05 Desember 2021

INSAN ROBANI

 

Mendengar melihat dan merenungi keEsaan Allah

Sesungguhnya Akulah Allah tiada Tuhan melainkan Aku oleh itu Sembahlah akan Daku dan Dirikan Sembahyang untuk mengingati Daku

Fana dalam Zat Kesedaran Dirinya hilang Melalui lidahnya muncul ucapan-ucapan Allah mengucapkan ayat-ayat Allah Swt bukan Allah bertukar menjadi Allah

Jadilah Allah seperti al-Hallaj dan Sheikh Siti Jenar bukannya seperti Firaun yang mengaku dalam keadaan sedar lagi Ego pada TuhanNya.

Sejati Insan Robbani

ialah orang yang setelah Fana dalam Zat turun kembali kepada kesedaran Sifat, seperti yang terjadi kepada Nabi-Nabi dan Wali-Wali demi melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka Bumi dan kehidupan Dunia yang Wajib diuruskan. Dalam kesedaran Zat seseorang tidak keluar dari Khalwatnya dengan Allah Swt kembali kepada kesedaran keinsanan untuk memikul tugas membimbing Umat Manusia kepada jalan Allah Swt Hatinya sentiasa memandang kepada Allah Swt dan bergantung kepada Allah. Kehidupan ini adalah dakwah baginya. Segala anasir Alam adalah alat untuk Allah memakmurkan Bumi.


Apabila Nur Ilahi menerangi Hati apa sahaja yang dipandang akan kelihatanlah Allah Swt

Disampingnya atau sebelumnya atau sesudahnya. Orang inilah yang menjadi Ahli Makrifat yang Sejati, Ahli Hakikat yang Sejati, Ahli Tarikat yang Sejati dan Ahli Syariat yang Sejati, berkumpul padanya dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani.


Insan Rabbani peringkat tertinggi ialah para Nabi-Nabi dan Allah Swt kurniakan kepada mereka maksum, sementara yang tidak menjadi Nabi dilantik sebagai Wali-Nya yang diberi karomah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekelian Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan hari Akhirat Engkaulah sahaja Ya Allah yang Sembah, dan kepada Engkaulah sahaja memohon pertolongan. Tunjukilah jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Allah telah kurniakan nikmat kepada Sesuatu bukan jalan yang Allah telah Murkai dan bukan pula jalan Allah yang sesat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar