Minggu, 05 Desember 2021

ILMU SYAHADAH

 


Adapun Ilmu Syahadah adalah satu Ilmu yang paling tinggi di dalam sukatan pelajaran Ilmu Allah yang boleh dikuasai oleh Manusia. la merupakan Martabat Ilmu yang tertinggi IImu ini adalah satu Ilmu Makrifat dan Syahadah secara Sebenar-Benar HAQ ke pada Allah Swt IImu ini Allah Sendiri akan Mengajar Manusia Mengenali Dirinya dengan lain perkataan bolehlah ditegaskan di sini bahawa IImu Syahadah adalah ilmu untuk menyatakan Diri Allah Itu Sendiri. Hanya orang-orang yang mencapai Martabat Ilmu Ghaib yang paling tinggi sahaja dapat menguasai llmu Syahadah Ini. Jika Ilmu Qalam di ajar oleh Guru Zahir dan Ilmu Ghaib di ajar oleh Guru Ghaib maka Ilmu Syahadah hanya boleh di ajar oleh Guru Batin sahaja iaitu Diri Batin kita Sendiri yang telah mencapai Makrifat kepada Allah dengan lain perkataan Allah sahajalah yang mengajar Diri kita akan Rahsia IImu ini. Tahap pengalaman dan pencapaian Ilmu ini adalah lebih jauh daripada llmu Ghaib. Inilah Ilmu yang paling tinggi dapat dicapai oleh Manusia. IImu ini hanya boleh dicapai oleh para Rasul Nabi dan Wali Allah yang teragung. Alangkah bertuahnya kita jika dapat menyelami Sendiri ke Alam Ilmu tertinggi ini dan sudah tentu kitalah menjadi Manusia beruntung dan mendapat keredhaan daripada Allah Swt


Pembahagian Ilmu oleh Para Ulama

Adapun pembahagian ilmu-ilmu di Awal bab ini oleh para Ulama’ adalah dibahagi kepada 4 kategori

Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat dan kemudiannya dicabangkan pula ke 4 Empat cabang pengetahuan:

Fiqah, Tauhid, Usul, Tasauf

Manusia yang hendak manuju kepada Allah Swt hendak Mengetahui keempat kelas Ilmu ini iaitu Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifaf dan seseorang itu hendaklah mengekalkan keempat-empat kelas Ilmu itu di dalam hidupnya. Manusia yang mengamalkan keempat-empat kelas Ilmu ini akan menjadi Manusia Sempurna dengan Allah dan masyarakatnya. Mereka akan terlepas dari tuduhan tohmahan, cela maki dari satu pihak dengan satu pihak fahaman yang lain. Sesungguhnya bagi mereka yang mengamalkan Syariat tanpa Hakikat adalah bagaikan padi tidak berisi dan ianya akan dibuang begitu saja. Dan orang-orang mengamalkan Takikat tanpa Syariat ianya sama saperti sebiji isi yang tidak berkulit ianya tentu tidak dapat hidup di dalam masyarakat ramai. Dalam catitan ini tidak, pula Aku berhasrat untuk membincangkannya secara panjang dan cukuplah dulu setakat itu saja.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar